Rabu, 29 Disember 2021 | 4:55pm
Alam Flora Sdn Bhd mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan The BrandLaureate’s World Best Brands e-Branding Award 2021. - Foto Alam Flora
Alam Flora Sdn Bhd mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan The BrandLaureate’s World Best Brands e-Branding Award 2021. - Foto Alam Flora

Alam Flora menang Anugerah BrandLaureate

Oleh Siti Haliza Yusop

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan The BrandLaureate's World Best Brands e-Branding Award 2021 bagi kategori Penyelesaian Pengurusan Sisa Pepejal .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zain Hassan, berkata penganugerahan itu yang pertama kali diterima Alam Flora, adalah kemenangan yang akan memeriahkan lagi sambutan ulang tahunnya yang ke-25, tahun ini.

"Penganugerahan ini bukan setakat satu pengiktirafan terhadap kualiti perkhidmatan Alam Flora malah menjadi pemangkin untuk warga kerja kami terus komited memberi perkhidmatan pengurusan dan pembersihan sisa pepejal yang terbaik kapada masyarakat.

"Selain pengurusan sisa, Alam Flora melalui anak syarikat, Alam Flora Environmental Solutions (AFES), kini turut mempelbagaikan perniagaan dan perkhidmatan dengan fokus utama bagi mewujudkan persekitaran hidup yang mampan," katanya dalam kenyataan media.

Terdahulu, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat, menyampaikan anugerah itu kepada Mohd Zain pada acara penganugerahan yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden BrandLaureate, Dr KK Johan dan (Tiada sebarang jawatan diletak dalam press release- Pengarah Urusan Ikhasas Group, Datuk Tengku Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj.

Anugerah BrandLaureate ialah penganugerahan tahunan yang memberi penghormatan kepada jenama yang terus cemerlang dan berdedikasi dalam penjenamaan mereka termasuk ketika terpaksa berdepan dengan masa sukar serta penuh cabaran kini.

Sebagai peneraju kepada antara syarikat pengurusan sisa terbesar negara, Mohd Zain berkata, warga kerja Alam Flora berbangga kejayaannya dalam melaksanakan penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal di negara ini, diiktiraf oleh BrandLaureate.

"Alam Flora akan terus berdedikasi dan berusaha keras supaya dapat mencapai lebih banyak kejayaan dalam pengurusan sisa di negara dan rantau khususnya.

"Ia sekali gus bagi membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Selari (SDG) menjelang 2030 seperti ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Berita Harian X