Jumaat, 26 November 2021 | 12:47pm
Pengarah Urusan CCC, Fred Roeder.
Pengarah Urusan CCC, Fred Roeder.

Lindungi pengguna daripada pasaran gelap

KUALA LUMPUR: Meningkatkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dan kempen pendidikan konsumer diperluaskan adalah sangat penting untuk mengekang kemungkinan peningkatan barangan pasaran gelap.

Consumer Choice Center (CCC), dalam satu kenyataan hari ini berkata, peningkatan itu berpunca daripada kenaikan kos barangan asas dan penurunan hasil pendapatan yang dibebani rakyat sekarang, kata kumpulan advokasi konsumer global.

Ulasan daripada CCC adalah berikutan laporan berita bahawa pemilik kedai kopi terpaksa menaikkan harga disebabkan kenaikan harga produk asas seperti susu pekat dan susu cair, gula dan beg plastik, yang akhirnya mengakibatkan kenaikan kos operasi mereka.

Pengarah Urusan CCC, Fred Roeder, berkata kenaikan harga barangan asas mungkin satu petunjuk inflasi meluas bakal berlaku .

Ia boleh menjadi satu masalah bila pendapatan isi rumah belum pulih daripada impak krisis COVID-19 dan pengguna yang berpendapatan rendah secara semula jadi beralih kepada alternatif lebih murah untuk membeli barangan dan perkhidmatan harian mereka.'

"Kami percaya bahawa sindiket jenayah akan mengambil kesempatan daripadanya untuk menambah bekalan produk pasaran gelap ke dalam pasaran Malaysia, dan mereka mampu melakukannya berikutan pembukaan sempadan antara negeri dan tidak lama lagi, antara negara.

"Selain daripada barangan asas seperti beras dan minyak masak, kami menjangkakan kemasukan besar rokok seludup ke dalam Malaysia.

"Agak memeranjatkan, harga rokok seludup, yang menguasai hampir 60 peratus pasaran, turut naik harga dan menjadikan sindiket jenayah kaya-raya dengan meraih margin keuntungan lebih tinggi.'

"Walaubagaimanapun, perbezaan harga antara rokok seludup dengan rokok sah kekal jauh berbeza disebabkan duti eksais tembakau di Malaysia yang sangat tinggi," katanya.

Fred menyarankan agar kerajaan mengukuhkan langkah penguatkuasaan, sama ada daripada segi perundangan lebih ketat atau mengguna pakai teknologi baharu dan dipertingkatkan.

Secara keseluruhannya, berfikirlah di luar kotak untuk meneroka kaedah baharu bagi memerangi pasaran gelap dan melindungi konsumer dengan produk berkualiti dan lebih selamat.

Sebagai tambahan, kata Roeder, kerajaan hendaklah bertindak sekarang untuk menutup lebih banyak ketirisan akibat pasaran gelap. Sementara kempen Beli Barangan Malaysia boleh membantu sektor peruncitan, seharusnya ada juga kempen di seluruh negara bagi mendidik konsumer supaya tidak membeli produk kontraban.

Berita Harian X