Sabtu, 20 November 2021 | 4:05pm
kumoDent, sistem pengurusan klinik pergigian berasaskan awan menyasarkan perkhidmatannya akan diguna pakai 300 klinik gigi pada tahun depan.
kumoDent, sistem pengurusan klinik pergigian berasaskan awan menyasarkan perkhidmatannya akan diguna pakai 300 klinik gigi pada tahun depan.

kumoDent sasar 300 klinik guna khidmat tahun depan

kumoDent sasar 300 klinik guna khidmat tahun depan

KUALA LUMPUR: kumoDent, sistem pengurusan klinik pergigian berasaskan awan menyasarkan perkhidmatannya akan diguna pakai 300 klinik gigi pada tahun depan.

Unjuran itu disandarkan kepada maklum balas positif yang diterima pada bulan pertama pelancaran pada Julai lalu apabila 15 klinik pergigian memilih menggunakan platfrom berkenaan yang mudah dan fleksibel untuk menguruskan janji temu, inventori dan tugasan kakitangan.

Sistem kumoDent yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, bertujuan mendigitalkan industri pergigian di Malaysia sekali gus membolehkan doktor gigi memberikan tumpuan kepada amalan mereka dan mengembangkan perniagaan sambil membolehkan sistem menjaga operasi harian.

Pengasas kumoDent, Kevin Nair, berkata ia adalah satu platform yang selamat, yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang membolehkan janji temu, komisen, inventori, dan tugasan dilakukan dengan mudah.

Pengasas kumoDent Kevin Nair (tengah) berkata sistem pengurusan klinik pergigian berasaskan awan menyasarkan perkhidmatannya akan diguna pakai 300 klinik gigi pada tahun depan.
Pengasas kumoDent Kevin Nair (tengah) berkata sistem pengurusan klinik pergigian berasaskan awan menyasarkan perkhidmatannya akan diguna pakai 300 klinik gigi pada tahun depan.

kumoDent dilengkapi dengan hos pelbagai aplikasi lain seperti kumoSan yang membolehkan klinik mengesan waktu masuk dan keluar pekerja.

"Kami juga mempunyai aplikasi tempahan pesakit yang baharu dilancarkan dinamakan MeTIME Wellness yang membolehkan pesakit membuat tempahan pada bila-bila masa dan tidak lama lagi, pembelian turut boleh dilakukan melalui aplikasi ini.

"Aplikasi berkenaan dan kumoDent adalah satu sistem yang diintergasikan dan sentiasa dikemas kini dengan keluaran ciri-ciri baharu dan inovasi yang boleh digunakan untuk perniagaan klinik," katanya dalam kenyataan hari ini.

kumoDent boleh digunakan melalui lawan web dan aplikasi di mana ia membolehkan pengguna memperoleh data outlet melalui mana-mana peranti pada setiap masa.

"Berdasarkan perkembangan dan respons kumoDent setakat ini, kami yakin bahawa klinik pergigian akan dapat melihat manfaat daripada penggunaan sistem ini tidak lama lagi," katanya.

Walaupun ada saingan daripada sebuah firma Eropah, perbezaan yang ditawarkan kumoDent menjadikannya pilihan terutama disebabkan ketersediaan infografik untuk penjagaan selepas rawatan yang memberi tumpuan kepada Perkara-perkara yang Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan selepas menjalani apa-apa rawatan.

Ini boleh dikongsi terus dari kumoDent ke akaun Whatsapp pesakit dengan satu klik yang mudah. Infografik ini dilakukan secara dalaman oleh penulis perubatan berpengalaman, pereka dan diteliti terlebih dahulu oleh doktor gigi yang berpengalaman sebelum ia dikeluarkan.

Di samping itu, kumoDent ialah sebuah sistem awan sepenuhnya. Ini bermakna semua maklumat dan data diselaraskan dalam masa nyata yang membolehkan rekod perubatan elektronik boleh diperoleh dari mana-mana lokasi atau cawangan pada bila-bila masa, pada mana-mana peranti.

Berita Harian X