Ahad, 14 Februari 2021 | 11:45am
Gambar fail. - Foto: NSTP/ADI SAFRI
Gambar fail. - Foto: NSTP/ADI SAFRI

Eksport minyak sawit ke India meningkat pada Januari

NEW DELHI: India mengimport lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari daripada keseluruhan import minyak makan sebanyak 1.07 juta tan.

Import dari Malaysia terdiri daripada 497,337 tan minyak sawit mentah (MSM), 9,204 tan minyak isirung sawit mentah dan 2,701 tan olein sawit RBD, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan industri.

Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) berkata import MSM dari Malaysia oleh India pada Januari adalah lebih 23 peratus daripada pembelian pada Disember.

Import minyak sawit negara berjumlah 780,741 tan pada bulan lepas, iaitu 73 peratus daripada semua import minyak sayuran.

Bahagian minyak sawit daripada import pada Disember sebanyak 58 peratus, dan import kacang soya merosot dengan ketara mengurangkan bahagian minyak masak sebatian berbanding minyak sawit pada Januari, menurut SEA.

Import minyak makan merosot kepada 1.07 juta tan pada bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada Disember.

– Bernama

Berita Harian X