Khamis, 17 Ogos 2017 | 4:11pm
NAJIB melihat Rangka Tindakan NCER 2.0 di Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
NAJIB melihat Rangka Tindakan NCER 2.0 di Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
NAJIB ketika berucap merasmikan pelancaran Rangka Tindakan NCER 2.0 dan Siri Jelajah di Pusat Konvensyen Setia City, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
NAJIB ketika berucap merasmikan pelancaran Rangka Tindakan NCER 2.0 dan Siri Jelajah di Pusat Konvensyen Setia City, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
NAJIB menandatangani plak ketika melancarkan Rangka Tindakan NCER 2.0 dan Siri Jelajah di Pusat Konvensyen Setia City, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
NAJIB menandatangani plak ketika melancarkan Rangka Tindakan NCER 2.0 dan Siri Jelajah di Pusat Konvensyen Setia City, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam

Pelaburan RM146.5 bilion di NCER

GEORGETOWN: Datuk Seri Najib Razak menjangkakan Pelan Tindakan Wilayah Koridor Utara (NCER) 2.0 yang akan berakhir pada 2025 mampu mencapai pelaburan terkumpul sebanyak RM146.5 bilion.

Perdana Menteri berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) NCER juga dijangka meningkat kepada RM300 bilion bagi tempoh 2017-2025.

Beliau berkata, angka itu ditetapkan selepas meneliti rekod KDNK NCER yang dicatatkan pada kadar 5.4 peratus, iaitu 0.8 peratus lebih tinggi berbanding KDNK negara, sejak 2010 hingga 2014 lalu.

"Melalui pelancaran ini juga, saya menyasarkan peningkatan purata pendapatan isi rumah kepada RM12,964, manakala golongan B40 pula pada tahap RM6,043.

"Berikutan itu, sebanyak 80 projek terdiri daripada tujuh nod pertumbuhan, 28 projek merentasi sempadan dan 45 projek berimpak tinggi setempat digariskan dan bakal memacu pertumbuhan ekonomi di wilayah utara bagi mencapai sasaran RM300 bilion, pada 2025," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Rangka Tindakan NCER 2.0 dan Siri Jelajah di Pusat Konvensyen Setia City di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Bakar Din; Penasihat Khas Perdana Menteri bagi NCER, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

Berita Harian X