Isnin, 3 Jun 2024 | 2:44pm
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi gaji seumur hidup
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi gaji seumur hidup

Nestlé umum senarai sulung pemenang mingguan 'Gaji Seumur Hidup'

PETALING JAYA: Nestlé Malaysia mengumumkan senarai pertama pemenang mingguan diiringi hadiah wang tunai berjumlah RM3,500 seorang bagi Kempen 'Gaji Seumur Hidup' yang berlangsung sehingga 30 Jun 2024.

Seperti peserta lain yang turut serta dalam kempen terbabit, mereka juga berpeluang untuk menjadi antara 11 finalis yang akan mara ke Pusingan Akhir, di mana dua daripada mereka akan memperoleh gaji bulanan RM3,500 untuk seumur hidup, dan sembilan lagi finalis akan menerima gaji RM3,500 sebulan selama setahun.

Menerusi Kempen Nestlé 'Gaji Seumur Hidup', pengguna hanya perlu menghantar bukti pembelian produk Nestlé dengan jumlah minimum RM20.

Peluang untuk memenangi pelbagai hadiah harian dan mingguan, serta kemungkinan untuk menyertai acara Pusingan Akhir, akan menjadi lebih tinggi dengan lebih banyak penyertaan.

"Di samping merealisasikan impian pemenang bertuah, menerusi kempen ini, Nestlé akan turut bekerjasama dengan 17 badan amal yang akan mengambil bahagian dalam acara Pusingan Akhir bersama peserta, seperti pada edisi pertama 2020," kata Nestlé dalam satu kenyataan.

Pemenang mingguan Kempen Nestlé 'Gaji Seumur Hidup', Sri Etty Wachjuningsih, 55 yang juga suri rumah dari Sandakan, Sabah, berkata beliau tidak pernah menyangka untuk menjadi pemenang peraduan terbabit dengan hanya mencuba nasib selepas diberi galakan oleh seorang pekerja di pasar raya.

"Saya membeli produk yang biasa saya gunakan seperti Milo, Maggi Kari, dan Nestum. Tetapi, kali ini saya membeli Milo lebih daripada kebiasaannya untuk diberikan sebagai hadiah. Saya sangat bersyukur apabila menerima berita bahawa saya adalah salah seorang pemenang mingguan, walaupun ia masih terasa seperti mimpi. Pengalaman ini membuktikan bahawa tidak rugi kalau kita mencuba," katanya.

Bagi pemilik perniagaan kecil dari Terengganu, Siti Nurul Aida Mohd Sapawi, 32, beliau menghantar banyak penyertaan, hasil daripada pembelian produk seperti Nescafé, Milo, Nestum, Koko Krunch dan bijirin sarapan Nestlé yang lain.

"Rangkaian produk yang luas dan lazat telah mendorong saya untuk menyertai peraduan ini. Saya amat terkejut apabila mendapat tahu saya adalah salah seorang pemenang 'Gaji Seumur Hidup' dan bersyukur dengan hadiah yang diberikan oleh Nestlé. Saya akan menyimpan hadiah wang ini di dalam tabung simpanan keluarga kami.

"Sebagai penjual minuman di gerai pasar malam, hadiah wang ini amat bermakna bagi saya dan akan membantu saya menyara keluarga," katanya.

Kempen Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup 2024 berlangsung sehingga 30 Jun 2024 dan Nestlé Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM4 juta untuk hadiah menarik.

Berita Harian X