Rabu, 15 Mei 2024 | 10:17pm
Setyana Nataya (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran produk terbaharu Hanasui di Shah Alam baru-baru ini.
Setyana Nataya (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran produk terbaharu Hanasui di Shah Alam baru-baru ini.

PT Eka Jaya pastikan pematuhan syarat ditetapkan pasaran di Malaysia

SHAH ALAM: PT Eka Jaya International (PT Eka Jaya) , pengeluar rangkaian produk Hanasui dari Indonesia, sentiasa berusaha untuk memastikan produk keluarannya sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pasaran di Malaysia khususnya berkaitan jaminan halal.

Ketua Pemasarannya, Setyana Nataya berkata, syarikat juga sentiasa mengutamakan faktor harga yang ditawarkan pada mampu milik agar lebih ramai pelanggan mendapat akses kepada produk keluarannya di negara ini.

"Semua produk di bawah jenama Hanasui memenuhi syarat-syarat yang ketat dan telah diperakui oleh Cara Pembuatan Kosmetik yang Baik (CPKB), Agensi Kebangsaan Kawalan Dadah dan Makanan (BPOM) dan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaharu keluaran syarikat di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Bagi pasaran di negara ini, keluaran produk terbaharu iaitu Mattedorable Lip Cream Matcha Latte diedarkan oleh Teeni Enterprise Sdn. Bhd, pengedar bagi produk penjagaan diri dan kosmetik dengan perluasan pasaran hingga ke negara jiran selain Hong Kong, Taiwan serta China.

Nataya menerangkan, untuk meluaskan pasaran sedia ada dan mengukuhkan imejnya, syarikat kini bersedia dan merancang untuk membuat permohonan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami juga akan terus berinovasi dan menambah baik produk Hanasui bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah," ujarnya.

Tambah beliau, PT Eka Jaya memilih Malaysia sebagai salah satu negara untuk memasarkan produk Hanasui kerana Malaysia mempunyai ia memiliki budaya dan cuaca yang sama seperti Indonesia serta berkeyakinan bahawa semua produk keluaran mereka adalah sangat sesuai untuk pengguna di Malaysia.

"Di samping itu, permintaan pengguna di Malaysia juga adalah sama dengan pengguna di Indonesia di mana mereka sukakan produk yang bertekstur ringan dan tahan lama yang membuatkan kami yakin bahawa produk ini sangat memenuhi permintaan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Teeni Enterprise, Ron Tay berkata, produk Hanasui Mattedorable Lip Cream Matche Latte menawarkan keunikan daripada aspek warna, aroma matcha latte dengan teksturnya ringan menjadikan bibir kekal lembap.

Jelas beliau, krim bibir yang boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan juga pembayang mata itu juga turut diperkaya dengan minyak zaitun dan vitamin E untuk memberi lebih penghidratan kepada bibir.

Berita Harian X