Jumaat, 19 April 2024 | 4:27pm
Ketua Pegawai Eksekutif MatrixC, Sean Tay.
Ketua Pegawai Eksekutif MatrixC, Sean Tay.

Matrix Connexion diiktiraf rakan kongsi terbaik jualan, khidmat Google Cloud

KUALA LUMPUR: Matrix Connexion (MatrixC) memenangi Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Jualan dan Perkhidmatan Google Cloud 2024 untuk Malaysia, justeru menandakan semangat inovasi dan melambangkan kerjasama berterusan industri.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, MatrixC diiktiraf atas pencapaiannya dalam ekosistem Google Cloud, membantu pelanggan global sepanjang keseluruhan perjalanan awannya.

"Kategori Rakan Kongsi Perkhidmatan membantu pelanggan dengan penyelesaian data secara menyeluruh yang dijana oleh AI, infrastruktur IT dan pemodenan aplikasi, keselamatan, transformasi kerja dan kemampanan.

"Memenangi anugerah ini adalah bukti dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan usaha gigih setiap individu di MatrixC. Ini juga mencerminkan misi syarikat untuk memanfaatkan teknologi untuk memacu perubahan positif dan memperkasakan organisasi untuk berkembang maju dalam era digital.

"Anugerah ini mengiktiraf impak dan nilai transformatif yang telah diberikan oleh rakan kongsi untuk pelanggan," kata Naib Presiden Korporat, Ekosistem Global dan Saluran di Google Cloud, Kevin Ichhpurani.

Ketua Pegawai Eksekutif MatrixC, Sean Tay berkata, dalam meraikan anugerah itu, adalah penting untuk kami turut mengetengahkan projek-projek kami yang lain, termasuk kerjasama dengan Kementerian Pendidikan di bawah Inisiatif Pembelajaran Digital yang telah menjadi kemuncak dalam perjalanan syarikat.

Katanya, melaksanakan Google Workspace untuk 5.5 juta pengguna telah merevolusikan pendidikan digital di Malaysia, mempertingkatkan keupayaan pelajar dan pendidik di seluruh negara.

"Komitmen kami terhadap inovasi dipamerkan melalui pengurusan peranti mudah alih kami untuk lebih 160,000 peranti dan penciptaan platform Google Cloud tertumpu kepada 5.5 juta pengguna di 10,200 sekolah.

"Tahun 2022 adalah detik paling membanggakan apabila kami dengan jayanya membawa penghijrahan Kerajaan Persekutuan Malaysia ke Google Workspace.

"Pencapaian monumental ini dilaksanakan dalam rekod tiga bulan, menandakan perjanjian komersial tunggal terbesar untuk Google Workspace dalam sektor bukan pendidikan dan mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri.

"Dalam kami meraikan kejayaan ini, kami tetap komited untuk merentasi sempadan inovasi, menyampaikan perkhidmatan yang tiada tandingan dan mencipta impak berkekalan dalam dunia penyelesaian Google Cloud. Bersama-sama, marilah kita terus membuka jalan untuk masa depan yang dikuasakan oleh teknologi dan didorong oleh kecemerlangan." kata Sean Tay

Berita Harian X