Selasa, 9 April 2024 | 9:18am
Dari kanan ke kiri, Liew Thiam Huat, Pengarah Urusan – Perindustrian Asia Tenggara Sime Darby
Dari kanan ke kiri, Liew Thiam Huat, Pengarah Urusan – Perindustrian Asia Tenggara Sime Darby

Tractors Malaysia, pelanggan raih RM80,000 bagi Pertubuhan Bantuan Wanita

PUCHONG: Tractors Malaysia, pengedar eksklusif Caterpillar di bawah Sime

Darby Industrial Sdn Bhd (SDISB), baru-baru ini berganding bahu dengan empat syarikat untuk menyumbang RM80,000 kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Empat syarikat yang juga pelanggan utamanya itu adalah Nestcon Infra Sdn Bhd, Landhon Builders Sdn Bhd, Seri Pajam Development Sdn Bhd dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd.

Kerjasama itu meluaskan komitmen SDISB dalam usaha menyokong inisiatif yang menggalakkan kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, sumbangan dikumpulkan menerusi usaha terselaras antara Tractors Malaysia dan empat pelanggan utamanya dengan menyewa Caterpillar 323GX Hydraulic Excavator (Jentera Pengorek Hidraulik) berwarna 'ungu'.

Sumbangan itu telah disampaikan untuk membiayai program "She Rises" (Wanita Bangkit) WAO, yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa bertema Mendorong Keterangkuman.

Majlis penyerahan sumbangan telah dirasmikan oleh Liew Thiam Huat, Pengarah Urusan – Perindustrian Asia Tenggara Sime Darby Industrial Sdn Bhd di ibu pejabat SDISB di Puchong, manakala syarikat-syarikat yang terbabit diwakili oleh Dr Lim Jee Gin, Pengarah Nestcon Infra Sdn Bhd; Yap Kian Hong, Pengarah Landhon Builders Sdn Bhd; Ten Fui Jean, Pengarah Seri Pajam Development Sdn Bhd; dan Datin Angie Ng, Pengarah Eksekutif Korporat Kumpulan, Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd. Turut dijemput ke majlis ialah Chen Binling, Pengarah Jualan bagi Caterpillar Inc dan Amnani Abdul Kadir, Pengarah Perkongsian bagi WAO.

"Sumbangan kepada WAO mencerminkan komitmen SDISB terhadap tanggungjawab sosial korporat dan kepercayaannya dalam kuasa tindakan bersama untuk mendorong perubahan positif.

"Dana yang disalurkan akan membantu WAO dalam misinya untuk memberikan sokongan dan tempat perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak yang terkesan akibat

keganasan domestik dan memperjuangkan hak wanita di Malaysia.

"Di SDISB, kami mengiktiraf betapa kepentingan mewujudkan persekitaran terangkum di mana semua orang, tanpa mengira jantina, mempunyai peluang saksama untuk berkembang maju di tempat kerja", kata Liew.

Tambah beliau, sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini mengingatkan kita bahawa usaha yang masih diperlukan untuk mencapai kesaksamaan jantina dalam kalangan masyarakat, dan SDISB berbangga untuk menyokong organisasi seperti WAO yang menyokong tujuan berkenaan.

Berita Harian X