Khamis, 4 April 2024 | 11:13pm
Planworth memberikan sumbangan kepada 65 orang penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak.
Planworth memberikan sumbangan kepada 65 orang penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak.

Kempen Touch Your Heart bantu golongan memerlukan

KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik, Planworth Global Factoring Sdn Bhd melancarkan kempen Touch Your Heart yang kini berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengurus Pemasaran Planworth, Farahdina Mohd Tamrin, berkata menerusi kempen itu sebanyak 50 peratus daripada yuran pemprosesan bagi pembiayaan daripada Planworth akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

"Sempena bulan mulia ini, kami mengambil peluang berkongsi rezeki dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Melalui kempen ini kami berpeluang bekerjasama dengan pelanggan dalam usaha menyalurkan sumbangan.

"Bagi mana-mana pelanggan yang mendapatkan pembiayaan daripada kami pada bulan Ramadan sehingga Syawal, 50 peratus daripada yuran pemprosesan yang dicaj akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

"Kami percaya kempen ini akan disambut baik oleh pelanggan kerana selain mendapat pembiayaan dari Planworth, mereka turut menyumbang kepada aktiviti kebajikan," katanya dalam satu kenyataan.

Farahdina ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak.

Dalam majlis itu, Planworth turut memberi sumbangan sebanyak RM15,000 yang terdiri daripada RM10,000 tunai beserta barangan keperluan makanan dan duit raya kepada 65 orang penghuni rumah berkenaan.

"Saya difahamkan rumah anak yatim dan asnaf ini memerlukan dana mengurus sebanyak RM30,000 sebulan dan dana mereka ini masih lagi tidak mencukupi.

"Walaupun dari pandangan luaran, kelihatan rumah teres dua tingkat ini agak selesa, tetapi dari segi kelengkapan tempat tinggal dan keperluan harian anak-anak yatim dan asnaf seramai 65 orang ini masih agak daif selain terpaksa berhimpit. Justeru, pihak kami rasa terpanggil untuk membantu meringankan beban mereka.

"Kami di Planworth akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat kami dengan menganjurkan pelbagai kempen dari semasa ke semasa.

"Kami juga menggalakkan orang ramai termasuk badan-badan korporat yang lain untuk turut sama menghulurkan bantuan bukan sahaja kepada rumah anak yatim dan asnaf Teratak Ummi ini, malahan juga kepada pihak lain yang memerlukan" katanya.

Planworth adalah sebuah institusi kewangan yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan dan ePerolehan Kerajaan serta salah satu syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Grand Columbia yang beroperasi sejak tahun 1992 di beberapa negara Asia Pasifik.

Kepakaran utama Planworth adalah dalam bidang pembiayaan invois serta penyedia kepada penyelesaian modal kerja yang amat diperlukan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta perniagaan korporat di Malaysia serta Singapura, di mana Planworth menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan di kedua-dua buah negara.

Objektif utama Planworth adalah membantu pelanggan mencapai keperluan kewangan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Sehingga kini, Planworth telah membantu banyak PMKS di Malaysia dengan jumlah pembiayaan yang mencecah berbilion ringgit dan nilai ini terus meningkat.

Di samping membantu PMKS dari segi kewangan, Planworth juga terbabit secara aktif di dalam beberapa program dan inisiatif anjuran pelbagai kementerian di peringkat persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta persatuan perniagaan dalam usaha membangunkan PMKS.

Atas sokongan pelanggan dan agensi kerajaan, Planworth merupakan institusi kewangan bukan bank terbaik dan peneraju utama bagi pembiayaan invois serta pembiayaan rantaian bekalan.

Ini dibuktikan dengan kejayaan Planworth meraih pelbagai anugerah berprestij dan pengiktirafan di Malaysia dan Singapura.

Planworth juga menerima penarafan empat bintang oleh SME Corp Malaysia dalam Program Penilaian Daya Saing PMKS untuk peningkatan (SCORE).

Berita Harian X