Khamis, 8 Februari 2024 | 1:19pm
Eow Oo (dua dari kiri) memperkenalkan jongkong emas lima gram 999.9 rekaan unik yang menampilkan ‘The Golden Dragon and the Pearl’ - Gambar ihsan RHB
Eow Oo (dua dari kiri) memperkenalkan jongkong emas lima gram 999.9 rekaan unik yang menampilkan ‘The Golden Dragon and the Pearl’ - Gambar ihsan RHB

Kempen deposit RHB tawar jam tangan mewah, emas

KUALA LUMPUR: Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melancarkan kempen deposit yang menawarkan jam tangan mewah dan jongkong emas lima gram 999.9 rekaan unik yang menampilkan 'The Golden Dragon and the Pearl'.

Kempen ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pembinaan kekayaan dan meraikan kemakmuran sempena Tahun Naga.

Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo, berkata emas telah lama menjadi simbol kestabilan dan daya tahan dalam mengharungi ekonomi serta melindungi keluarga untuk beberapa generasi.

"Sebagai mewakili nilai kami di RHB, kami mereka bentuk jongkong emas 'The Golden Dragon and the Pearl' kepada mereka yang bertuah untuk memberi insentif kepada perjalanan membina kekayaan.

"Reka bentuk yang unik diilhamkan oleh mitologi China purba dan melambangkan bagaimana naga, yang mewakili daya tahan, mengatasi cabaran serta melakar pencapaian yang luar biasa untuk mendapatkan mutiara, menandakan ganjaran dan kemakmuran yang bernilai," katanya dalam satu kenyataan.

Kempen itu, yang berlangsung sekarang sehingga 31 Mei 2024, akan memberi ganjaran kepada 200 pelanggan pertama yang layak, dengan mendepositkan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tempoh empat bulan bagi berpeluang mendapatkan jongkong emas 999.9 lima gram yang dijamin menampilkan 'The Golden Dragon and Pearl'.

Pelanggan berpeluang juga untuk memiliki jam tangan mewah Swiss premium bernilai RM88,000, atau dua hadiah saguhati jam tangan Swiss bernilai RM69,000 setiap satu apabila mereka mendepositkan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk tempoh empat bulan.

Eow Oo berkata, RHB juga akan memberikan ganjaran kepada lima pemenang bertuah sepanjang tempoh kempen di mana setiap bulan, dengan seorang pemenang akan dipilih untuk menerima jam tangan Swiss mewah bernilai RM58,000.

"Kempen Jam Tangan Mewah RHB CASA dibina berdasarkan kejayaan Kempen Emas Deposit RHB terdahulu, yang turut memberi ganjaran kepada pelanggan kerana secara proaktif mengukuhkan kewangan dengan mengembangkan deposit mereka ke RHB.

"Kami gembira dapat menarik penyertaan kukuh daripada pelanggan melalui Kempen Emas Deposit RHB, yang mana kami komited untuk menjadi kunci kepada perlindungan aset pelanggan seperti yang dilambangkan oleh kunci emas satu kilogram 999.9 edisi terhad," katanya.

Diadakan selama kira-kira tujuh bulan, Kempen Emas Deposit RHB menarik pemegang akaun semasa dan simpanan (CASA) baharu dan sedia ada RHB untuk secara proaktif membina kekayaan dengan mendepositkan sekurang-kurangnya RM10,000 selama empat bulan, yang membolehkan mereka memperoleh penyertaan kempen untuk bertanding memenangi hadiah.

"RHB berusaha untuk menyediakan tawaran nilai tambah dan ganjaran yang menarik kepada pelanggan dan melalui kempen sedemikian, kami berharap dapat menarik pelanggan untuk mengembangkan deposit mereka serta memaksimumkan ganjaran RHB," katanya.

Berita Harian X