Jumaat, 5 Januari 2024 | 5:54pm
Loh (tengah) melancarkan kedai premium baharu Watsons di The Exchange TRX.
Loh (tengah) melancarkan kedai premium baharu Watsons di The Exchange TRX.

Watsons perkenal kedai premium baharu di The Exchange TRX

KUALA LUMPUR: Watsons Malaysia, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan mengumumkan pembukaan kedai premium baharunya di The Exchange TRX, di sini.

Dengan lebih daripada 700 cawangan di seluruh negara, kedai berkenaan menampilkan konsep reka bentuk inovatif yang mengintegrasikan perkhidmatan luar dan dalam talian (O+O) dengan lancar dan pelbagai zon pengalaman buat pelanggan.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Wilayah Eksklusif Watsons Antarabangsa, Caryn Loh, berkata pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan pengalaman membeli-belah produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan konsep gaya hidup yang selari dengan pusat beli-belah berkenaan.

"Kedai baharu ini direka khusus untuk memberikan pelanggan muda dan bergaya pengalaman membeli-belah gaya hidup yang unik sambil memenuhi keperluan dinamik asas pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk kekal dengan trend terkini, kami konsisten berusaha untuk memperkenalkan jenama dan produk baharu yang berkualiti dari seluruh dunia di kedai kami," katanya dalam kenyataan.

Menurut Loh, reka bentuk kedai baharu itu adalah lebih luas dan skema warna yang terang meningkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan selain mengetengahkan pelbagai produk baharu serta bersifat interaktif untuk pelanggan.

Pelanggan akan mendapat peluang unik untuk melihat barangan kegemaran mereka dalam keseronokan menerusi pelbagai sampel dan penguji di sekitar kedai.

Kedai baharu ini turut menawarkan pengalaman lain termasuk meja W yang sohor kini bagi ujian produk, kawasan kosmetik, zon penjagaan kesihatan, produk salon di rumah, rangkaian mandi premium, produk ekslusif K-Beauty, barangan K-pop dan pelbagai lagi.

"Selain itu, kedai ini juga dilengkapi dengan pakar kecantikan dan penasihat kesihatan yang menyediakan khidmat nasihat kecantikan dan kesihatan kepada setiap pelanggan.

"Jaminan kami kepada pelanggan adalah untuk memperlihatkan mereka 'Look Good, Do Good, Feel Great'. Selaras permintaan pengguna yang sentiasa berubah, Watsons berusaha untuk kekal di hadapan, menyediakan pengalaman membeli-belah tanpa masalah, mudah dan lebih bernilai buat pelanggan kami," katanya.

Bersempena dengan pembukaan kedai baharu itu, ahli kelab Watsons boleh menikmati diskaun tambahan lima peratus dengan perbelanjaan minimum, hadiah harian dengan pembelian, cabutan bertuah, alat solek serta pemeriksaan kesihatan percuma dan pelbagai bermula 4 hingga 10 Januari, tertakluk pada terma dan syarat.

-BERNAMA

Berita Harian X