Selasa, 28 March 2023 | 2:13pm

Cheetah perkenalkan fesyen sukan CTH Unlimited

KUALA LUMPUR: Cheetah Holdings Bhd melancarkan fesyen sukan serba baharu CTH Unlimited selain memperkenalkan barisan terbaharu pakaian jenama itu yang berkualiti, bergaya dan mampu dibeli, khususnya untuk golongan muda.

Pada majlis pelancarannya sejumlah 197 peserta dan tetamu menghadiri acara eksklusif dianjurkan oleh CTH Unlimited di sebuah kelab terkemuka di sini baru-baru ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, acara itu adalah bagi meraikan CTH Unlimited adalah koleksi istimewa yang diperkenalkan oleh CHEETAH, jenama terkenal dalam pakaian bergaya dan sukan. J

"Malaysia yang mementingkan fesyen dan bergaya, serta kini mengetengahkan reka bentuk logo baharu yang melambangkan potensi belia yang tidak terhingga.

"Sebagai sebahagian daripada acara pelancaran, CTH Unlimited turut memperkenalkan rangkaian pakaian yang penuh kuasa yang digelar 'The Challenger' yang telah direka khas

oleh pengarah kreatif CHEETAH dan pereka fesyen terkenal, Dato' Jovian Mandagie," katanya.

Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Bhd, Roy Ho Yew Kee, berkata, golongan muda Malaysia hari ini begitu arif mengenai fesyen dan cukup peka mengenai nilai yang sesuai dengan wang yang dibayar.

"Gaya dan barisan terbaharu CTH Unlimited menyediakan gabungan sempurna gaya, keselesaan, kualiti dan fesyen ke hadapan, supaya menarik kepada pasaran muda dan

berkembang pesat ini. Sebagai sebahagian daripada evolusi jenamanya, CTH Unlimited juga akan mengeluarkan lebih banyak gaya dan variasi untuk kategori wanita," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Cheetah Holdings, Datuk Jovian Mandagie, berkata, 'The Challenger' adalah pemuka kata yang ideal bagi barisan pakaian baharu CTH Unlimited

kerana ia diinspirasikan oleh lonjakan adrenalin daripada sukan tinju dan direka sebagai koleksi tiada gentar, secara eksklusif bagi mereka yang berani menjadi berlainan.

" Acara itu, menampilkan koleksi terbaharu CTH Unlimited di tengah-tengah sesi tinju berintensiti tinggi, meriah dan menyeronokkan, dipimpin oleh TRIBE Boxing Studio dan

diadakan di kawasan lantai tarian Spark Club KL.

"Rakyat Malaysia yang ingin tahu lebih lanjut mengenai barisan pakaian yang ditawarkan oleh CTH Unlimited boleh melawat www.cthunlimited.com.my," katanya.

Berita Harian X