Rabu, 22 Februari 2023 | 12:50pm

Harga saham AirAsia X melonjak setinggi 40 peratus pagi ini

KUALA LUMPUR: Harga saham syarikat penerbangan AirAsia X melonjak tinggi hampir 40 peratus kepada 95 sesaham atau kenaikan 27 sen pada sesi dagangan awal pagi ini.

Kaunter berkenaan kembali stabil untuk ditutup pada 86 sen kenaikan 18 sen atau 26.47 peratus pada penutup sesi dagangan pagi.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu semalam mengumumkan keuntungan bersih sebanyak RM32.98 bilion bagi tempoh 18 bulan yang berakhir 31 Disember 2022.

Ia kebanyakannya disumbangkan daripada selesainya penstrukturan semula hutang pada suku pertama 2022.

Pendapatan yang diraih dalam tempoh berkenaan adalah berjumlah RM878.17 juta.

Seperti yang diumumkan pada 2 Disember 2022, tahun kewangan kumpulan telah diubah daripada 31 Disember 2020 kepada 30 Jun 2021, dan tidak akan ada maklumat kewangan perbandingan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Berita Harian X