Khamis, 29 Disember 2022 | 3:59pm
Bantuan Banjir Maybank direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir -NSTP/Azhar Ramli
Bantuan Banjir Maybank direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir -NSTP/Azhar Ramli

Maybank bantu semua pelanggan terjejas banjir

KUALA LUMPUR: Maybank menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir susulan hujan lebat baru-baru ini.

Bantuan Banjir ini direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui dua saluran mudah, iaitu e-mel kepada [email protected] dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor kad pengenalan/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman/produk dan nombor kenderaan (untuk Sewa Beli) atau kunjungi dan hubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang mana berkaitan) di seluruh negara.

"Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu," kata Maybank dalam satu kenyataan.

Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa keperluan borang atau dokumen sokongan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Maybank, sila layari www.maybank2u.com.my.

Pelanggan juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk bantuan lanjut.

Berita Harian X