Jumaat, 16 Disember 2022 | 12:44pm
OLDTOWN White Coffee memperkenalkan logo dan reka bentuk pembungkusan yang lebih segar
OLDTOWN White Coffee memperkenalkan logo dan reka bentuk pembungkusan yang lebih segar

OLDTOWN perkenal dua produk perisa baharu

KUALA LUMPUR: OLDTOWN White Coffee memperkenalkan dua perisa baharu produknya iaitu 'OLDTOWN White Coffee Perisa Karamel Masin' dan perisa yang diilhamkan daripada sajian kopi di kopitiam, 'OLDTOWN Smooth Roast Kopi Kurang Gula'.

Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia (JDE), Fiona Tan, berkata jenama OLDTOWN kaya dengan tradisi dan warisan namun seni ciptaan kopi putih akan sentiasa berkembang bagi memenuhi peredaran zaman dan kehendak semasa.

"OLDTOWN White Coffee masih menggunakan resipi campuran '3-bean-blend' digemari ramai dan kami teruja untuk memperkenalkan OLDTOWN White Coffee Perisa Karamel Masin yang menambahkan lagi rasa lemak, enak dan kontemporari kepada produk White Coffee.

"Smooth Roast Kopi Kurang Gula juga memikat dengan penggunaan serbuk kopi mikro untuk menghasilkan rasa asli kopi 'kopitiam' yang diperkaya lapisan krim yang tebal yang mengingatkan kepada kopi tarik di kedai kopi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perisa baharu berkenaan boleh didapati di semua peruncit utama di seluruh Malaysia dan kedai 'flagship' OLDTOWN di Shoppee dan Lazada.

"Bagi meraikan era baharu, OLDTOWN turut memberikan pek percubaan percuma dan diskaun 20 peratus dengan pembelian pek kopi campuran OLDTOWN terpilih menerusi cawangan dan kedai dalam talian terpilih. Promosi sedang berlangsung hingga 31 Dis ini, sementara stok masih ada," katanya.

Tan berkata, OLDTOWN White Coffee juga meraikan komitmennya terhadap warisan dengan memperkenalkan logo dan reka bentuk pembungkusan yang lebih segar.

Beliau berkata, setiap pek menampilkan ilustrasi bandar raya Ipoh dari zaman dahulu yang bukan sahaja sebagai memperingati tempat lahir jenama berkenaan malah kepada fakta bahawa OLDTOWN White Coffee masih dihasilkan di bandar raya itu sehingga kini.

"Di Asia, makanan dan minuman adalah sebahagian daripada warisan dan budaya kita. Amat berbaloi meluangkan masa bagi menyediakan makanan dan minuman enak serta mengajak orang ramai menikmatinya bersama.

"OLDTOWN sentiasa berbangga dengan mengetengahkan budaya makanan dan minuman tempatan serta menjadikannya relevan pada masa ini. Kekal berpegang teguh kepada tradisi sambil mengikuti perkembangan zaman. Ini yang menjadikan OLDTOWN benar-benar asli," katanya.

-BERNAMA

Berita Harian X