KUALA LUMPUR: Platform jualan dalam talian, Lazada, menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi produk berjenama, dan tebus baucar potongan 10 peratus, selain baucar potongan RM10 dengan pembelian minimum RM100.
Ia ditawarkan sempena Jualan Hari Gaji 'Black Friday Cyber Monday Lazada' akan berlangsung pada 25 hingga 28 November 2022.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, bagi peminat bola sepak Piala Dunia, serta mereka yang inginkan pembelian berbaloi untuk produk elektronik, fesyen dan kecantikan, maka boleh dapatkan baucar potongan 30 peratus daripada jenama yang mengambil bahagian pada tarikh terpilih, di samping baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelian minimum.
"Tawaran harian dalam pelbagai kategori bermula dari hari Jumaat sehingga Isnin, 25 November 2022 adalah untuk fesyen dan aksesori, termasuk koleksi fesyen untuk wanita, lelaki, kanak-kanak, serta beg dan travel, jam, kaca mata hitam, barangan kemas, dan pakaian sukan
"Pada 26 November 2022 pula adalah bagi produk kecantikan; 27 hingga 28 November 2022 bagi produk elektronik, telefon bimbit dan tablet, TV dan perkakasan rumah," kata kenyataan itu.
Tawaran berkenaan boleh diakses dengan klik pada banner kempen Jualan Hari Gaji Black Friday Cyber Monday Lazada di halaman utama di aplikasi Lazada.
Mengenai Lazada Group
Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 10 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Dengan visi untuk mencapai GMV tahunan sebanyak USD100 bilion, Lazada bertekad untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030 dan menjadi platform eDagang terbaik yang boleh mengupayakan pelbagai jenama serta penjual untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Pada 2022, Lazada Foundation telah ditubuhkan demi memperkasakan golongan belia dan wanita untuk merentasi masa hadapan digital, merapatkan jurang digital jantina dan memartabatkan komuniti dengan mewujudkan impak yang positif. Maklumat lanjut boleh didapati di sini https://group.lazada.com/en/foundation/.