Rabu, 16 November 2022 | 5:44pm
Anugerah yang diraih Media Prima sebagai Media Digital Terbaik telah disampaikan oleh engarah Pertumbuhan Ekosistem Perniagaan Mudah Alih Huawei Rantau Asia Pasifik (APAC), Rei Xiao (kiri) kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.
Anugerah yang diraih Media Prima sebagai Media Digital Terbaik telah disampaikan oleh engarah Pertumbuhan Ekosistem Perniagaan Mudah Alih Huawei Rantau Asia Pasifik (APAC), Rei Xiao (kiri) kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.

Media Prima raih Anugerah Media Digital Terbaik Huawei

KUALA LUMPUR: Kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad (Media Prima) terus mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah 'Media Digital Terbaik' sempena Hari Pemaju HUAWEI anjuran HUAWEI Malaysia, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Raziq Razali, berkata pihaknya teruja menerima pengiktirafan itu daripada sebuah syarikat teknologi gergasi global seperti HUAWEI.

"Media Prima amat menghargai hubungan bersama HUAWEI, yang mana kami memulakan beberapa inisiatif kolaborasi yang menarik sejak bertahun-tahun lamanya.

"Ia merangkumi rakan kongsi kepakaran dalam teknologi, anugerah filem, permainan digital dalam talian dan kandungan Media Prima di platform mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat, Raziq berkata, Media Prima berbangga dapat menjadikan HUAWEI yang juga antara syarikat teknologi tersohor di dunia, sebagai rakan kongsi.

Katanya, syarikat berharap dapat menjalin lebih banyak kolaborasi bersama Huawei mencakupi pelbagai bidang pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Peranti HUAWEI Wilayah Asia-Pasifik, Rei Xiao, berkata kolaborasi bersama Media Prima terjalin sejak 2019.

Katanya, ia termasuk enjin carian 'Petal Search', 'HUAWEI Ads' serta 'News Feed', selain melancarkan lebih daripada 10 aplikasi di 'AppGallery'.

"Kami amat menghargai sokongan Media Prima dan berharap untuk berkolaborasi pada masa akan datang bagi mencapai kejayaan bersama-sama," katanya.

Hari Pemaju HUAWEI bertemakan 'Better Together' yang diadakan di sini, antara lain bertujuan mempamerkan evolusi ekosistem Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI.Selain itu, ia juga bagi memberi penghormatan kepada rakan kongsi yang membantu pertumbuhannya menerusi 16 anugerah yang disampaikan, merentasi pelbagai kategori.

Anugerah itu adalah yang kedua diterima Media Prima dalam kategori digital tahun ini. Pada Mei lalu, anak syarikat digital Media Prima, REV Media Group, dianugerahkan sebagai Penerbit Digital Terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut pada Malaysian Digital Association Awards 2022.

Berita Harian X