Khamis, 21 April 2022 | 1:40pm
Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Perniagaan UOB Malaysia, Raymond Chui
Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Perniagaan UOB Malaysia, Raymond Chui

UOB sedia pembelian insurans automatik khusus PKS

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini boleh mengakses laman mikro UOB BizCare untuk membeli perlindungan insurans yang komprehensif bagi perniagaan.

UOB Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Liberty Insurance untuk menawarkan pemerolehan insurans automatik pertama di Malaysia kepada PKS.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Perniagaan UOB Malaysia, Raymond Chui, berkata mempermudahkan PKS untuk membeli insurans dalam talian adalah penting.

Beliau berkata, ini kerana PKS membentuk sebahagian besar daripada jumlah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia dan kebanyakannya tidak mempunyai perlindungan yang secukupnya.

"Bencana alam seperti banjir kilat yang melanda Malaysia baru-baru ini menjejaskan ramai orang termasuk pemilik dan usahawan PKS.

"Kejadian banjir sebegini kemungkinannya akan berulang pada musim monsun akan datang. Ini menjadi kebimbangan amat besar kerana kebanyakan perniagaan Malaysia masih kurang diinsuranskan terhadap risiko ini.

"Dengan memperkenalkan pemerolehan insurans yang lancar dan mudah, kami harap PKS akan mendapat galakan untuk mendapatkan perlindungan penting untuk perniagaan mereka," katanya.

Banjir baru-baru ini menjejaskan banyak PKS, dengan anggaran kerugian bernilai RM600 juta dialami oleh premis perniagaan di seluruh negara

Pada masa yang sama, lebih 90 peratus usahawan tempatan

tidak mempunyai insurans (terhadap risiko termasuk bencana alam) dan tidak mempunyai jaring keselamatan kewangan sekiranya perniagaan mereka gagal.

Berikutan itu, UOB Malaysia dan Liberty Insurance membangunkan laman mikro yang khusus untuk membolehkan PKS mendapat akses kepada perlindungan insurans komprehensif yang akan melindungi perniagaan dan harta benda mereka daripada kerugian lanjutan yang disebabkan oleh risiko tidak dijangka dan bencana alam.

Selain banjir, perlindungan ini juga termasuk kejadian lain seperti kebakaran, kecurian dan pecah masuk, liabiliti awam dan tindakan keganasan.

Pemerolehan insurans automatik di laman mikro UOB BizCare juga sejajar dengan usaha berterusan UOB Malaysia untuk membantu pelanggan PKS mencapai kecekapan yang lebih tinggi melalui pendigitalan.

Melalui laman mikro ini, pelanggan PKS boleh memilih salah satu daripada tiga pelan perlindungan Liberty Insurance.

Laman mikro ini akan menjana sebut harga insurans digital untuk semakan

sebelum mereka meneruskan pembelian.

Sebaik sahaja pembayaran dalam talian dilakukan, polisi insurans digital akan dihantar melalui e-mel kepada pelanggan dalam masa beberapa minit.

Berita Harian X