Khamis, 14 April 2022 | 4:59pm
Pengurus Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berususan dengan pelanggan yang berkunjung ke cawangan Habib ke-32 di Batu Pahat Mall, hari ini -NSTP/Essa Abu Yamin
Pengurus Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berususan dengan pelanggan yang berkunjung ke cawangan Habib ke-32 di Batu Pahat Mall, hari ini -NSTP/Essa Abu Yamin

Emas 'Oro Italia 916' keluaran Habib jadi rebutan

BATU PAHAT: Jualan emas 'Oro Italia 916' keluaran Habib Jewels Sdn Bhd (HABIB) yang menjadi trend atau pilihan utama kepada penggemar barangan kemas di Malaysia akan terus meningkat pada tahun ini berbanding dua tahun lalu.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran HABIB, Mohd Zaruddin Mahmud berkata emas jenis berkenaan menjadi pilihan utama kerana koleksi emas berkenaan mempunyai kemasan yang halus, berkualiti serta reka bentuknya yang begitu eksklusif dan terkini.

"Emas yang ditempa di Itali itu membuatkan barang kemas berkenaan begitu eksklusif berbanding emas 916 yang lain dan menjadi tarikan utama pelanggan, terutama di rangkaian kedai emas Habib di seluruh negara.

"Habib yakin selepas memasuki fasa peralihan ke endamik, ramai yang boleh bekerja sekali gus mempunyai pendapatan yang stabil dan dalam masa sama akan membeli emas sama ada untuk dipakai atau sebagai pelaburan di masa hadapan," katanya .

Beliau berkata demikian ketika perasmian pembukaan Bilik Pameran Habib Jewels ke-32 di Batu Pahat Mall, dekat sini yang turut dihadiri oleh Pengurus Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib.

Menurut Mohd Zaruddin, selepas kebenaran sektor perniagaan dibenar buka operasi sepenuhnya pada tahun ini termasuk kedai emas, Habib menyasarkan seramai 200 pelanggan akan mengunjungi setiap cawangannya di seluruh negara.

"Harga jualan emas kini semakin meningkat setiap hari dan saya harap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barang kemas kerana ia satu pelaburan yang menguntungkan pada masa akan datang.

"Sebagai contoh kita dapat lihat harga pasaran emas dunia semalam adalah AS$1,932 untuk satu auns, meningkat kepada AS$1,973 hari ini dan terus menunjukkan peningkatan setiap hari," katanya.

Beliau berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah istimewa raya jam tangan berjenama Ice Watch Ice Generation bernilai RM459 dan kotak barangan kemas edisi terhad Habib.

"Manakala, bagi pembukaan bilik pameran baharu di Batu Pahat Mall, Habib turut mengadakan promosi menarik termasuk potongan harga sehingga RM25 segram bagi barang kemas emas 916/999.

"Potongan harga sehingga 70 peratus turut ditawarkan untuk barang kemas berlian dan batu permata dan jam tangan Les Georgettes edisi khas pada harga hanya RM199 dalam setiap pembelian," katanya.

Cawangan Habib di Batu Pahat adalah yang ke-32 di seluruh negara dan juga cawangan ketiga di Johor.

Berita Harian X