Khamis, 3 March 2022 | 8:02pm
Pengerusi Maxis, Tan Sri Mokhzani Mahathir (dua dari kiri) menerima Anugerah Syarikat Swasta Berprestasi Tinggi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto ihsan Maxis
Pengerusi Maxis, Tan Sri Mokhzani Mahathir (dua dari kiri) menerima Anugerah Syarikat Swasta Berprestasi Tinggi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto ihsan Maxis

Maxis antara penyumbang tertinggi cukai perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd baru-baru ini diberikan Anugerah Syarikat Swasta Berprestasi Tinggi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sebagai antara tiga penyumbang tertinggi cukai perkhidmatan pada 2021 dalam kategori syarikat swasta berprestasi tinggi.

Anugerah yang diberikan sempena Hari Kastam Sedunia ke-40, mengiktiraf pematuhan tinggi Maxis yang membawa kepada sumbangan besar terhadap cukai tidak langsung bagi memenuhi sasaran kutipan hasil 2021.

Pengerusi Maxis, Tan Sri Mokhzani Mahathir berada di majlis itu untuk menerima anugerah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Maxis berbesar hati menerima pengiktirafan ini oleh JKDM. Kami menyanjung tinggi usaha dan peranan mereka dalam mewujudkan rangka kerja yang kukuh dalam pentadbiran awam negara.

"Anugerah ini adalah bukti komitmen kami terhadap pematuhan yang kukuh dalam bidang yang kami lakukan," kata Mokhzani dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, berkata hasil cukai adalah penyumbang penting kepada kemajuan negara dan syarikat berbangga berbangga dapat menyumbang ke arah pembangunan negara, terutama dalam ekonomi digital yang semakin pesat ini.

Maxis menjadi jenama terkemuka Malaysia selama lebih 25 tahun dengan komitmen terhadap pertumbuhan negara.

Ia terbukti menerusi pelaburan yang besar dalam rangkaian, kakitangan dan sokongannya untuk komuniti dengan melayani jutaan pelanggan, termasuk perniagaan, merentasi mudah alih dan fiber untuk menyumbang ke arah pembinaan ekosistem serta infrastruktur digital untuk negara.

Baru-baru ini, Maxis mengisytiharkan komitmennya untuk memperkasakan semua rakyat dan perniagaan di negara ini untuk bersalinghubung di mana-mana, bila-bila masa, dengan pelancaran Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM).

Kempen ini didorong oleh evolusinya daripada penyedia telekomunikasi mudah alih kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan penyelesaian untuk setiap segmen, dikuasakan oleh

rangkaian 4G selain liputan gentian terkemuka dan inovasi 5G terbaik.

Berita Harian X