Selasa, 4 Januari 2022 | 11:28am
‘Kempen PB Golden Fortune’ terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Public Bank - Foto Reuters
‘Kempen PB Golden Fortune’ terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Public Bank - Foto Reuters

Public Bank tawar ganjaran emas

KUALA LUMPUR: Public Bank melancarkan 'Kempen PB Golden Fortune' yang terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada berumur 18 tahun dan ke atas bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2022.

Dalam kenyataannya, Public Bank berkata, dua hadiah edisi terhad yang membawa tuah iaitu '24K Gold-Plated Twin Blessing of Health and Prosperity' dan '24K Gold-Foiled Golden Charm of Abundances' akan ditawarkan di bawah kempen berkenaan.

"Setiap hadiah adalah hasil kemahiran tangan yang hebat, melambangkan kemakmuran dan kejayaan dan hanya boleh didapati atas dasar siapa cepat, dia dapat, sementara stok masih ada," katanya.

Public Bank berkata, terdapat dua pelan, iaitu Pelan PB Golden dan Pelan PB Fortune untuk pilihan pelanggan.

Katanya, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam kempen ini dengan pembelian dana unit amanah atau produk insurans dan pada masa yang sama meletakkan deposit dalam Akaun Semasa/Simpanan bagi mendapatkan hadiah eksklusif terbabit.

"Pelan PB Golden menawarkan '24K Gold-Foiled Golden Charm of Abundances' manakala Pelan PB Fortune Plan menawarkan '24K Gold-Plated Twin Blessing of Health and Prosperity'," katanya.

Kumpulan perbankan itu berkata, kempen PB Golden Fortune 2022 direka untuk pelanggan yang mahukan portfolio pelaburan pelbagai dalam persekitaran kadar faedah semasa yang rendah dalam usaha untuk memenuhi matlamat kewangan.

Katanya, pelanggan boleh memilih daripada pelbagai unit amanah yang memenuhi strategi pelaburan dan tahap toleransi risiko mengikut kesanggupan mereka untuk menanggung risiko dalam mencapai matlamat

pelaburan masing-masing.

"Pelanggan boleh melabur dalam pelan insurans berkaitan pelaburan premium tunggal atau pelan takaful berkaitan pelaburan caruman tunggal patuh Syariah yang menyediakan perlindungan insurans atau perlindungan takaful selepas kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal selain pulangan pelaburan.

"Pelanggan boleh memilih Pelan PB Golden atau Pelan PB Fortune untuk mendapat hadiah mewah edisi terhad itu atau mengumpul kedua-dua rekaan dengan mendaftar untuk beberapa pelan," katanya.

Berita Harian X