Jumaat, 17 Disember 2021 | 4:16pm
Spritzer Eco Park.
Spritzer Eco Park.

Ribuan botol minuman hiasi Spritzer Eco Park

KUALA LUMPUR: Pengeluar air mineral terkemuka Spritzer buat pertama kali mendirikan hiasan lestari menggunaka botol minuman di Taiping, Perak sebagai tarikan utama di Spritzer EcoPark tahun ini.

Sempena menyambut musim perayaan, Spritzer dalam kenyataannya berkata pengunjung di Spritzer Eco Park itu boleh merakam gambar kenangan mereka di hadapan pokok setinggi 10 kaki yang dibina daripada botol-botol Spritzer Sparkling beserta lampu LED yang dililit kelilingnya yang mencetuskan suasana musim percutian dari 17 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

Pelawat juga boleh meneroka Terowong Seni Kitar Semula yang diperbuat daripada ribuan botol Air Mineral Semulajadi Spritzer dan juga merakam gambar untuk dimuat naik di sosial media ketika mereka mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan mengalu-alukan tahun 2022 dengan harapan dan permulaan baharu.

"Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan termasuk permainan golf mini pakej dengan bola golf LED istimewa pada hari musim ini, kraf DIY bertema Krismas, termasuk kotak hadiah buatan tangan dengan bahan guna semula yang diadakan pada waktu tertentu yang telah ditetapkan," kata Spritzer di sini hari ini.

Di samping itu, pelawat boleh menyegarkan tekak dengan edisi khas minuman berperisa Tropical Fizz Spritzer Sparkling dan juga lolipop berdekorasi Krismas.

Spritzer menitikberatkan keselamatan dan kesihatan para kakitangan, vendor dan pelawat.

Acara itu, katanya, akan diadakan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang merangkumi check in MySejahtera, penjarakan sosial, pelitup muka dipakai setiap masa dan cecair sanitasi akan disediakan di pelbagai lokasi di dalam kawasan Spritzer EcoPark.

Spritzer berharap untuk menerima dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung dalam keadaan selamat.

Berita Harian X