Selasa, 25 Mei 2021 | 4:38pm
Sistem operasi HarmonyOS dibangunkan oleh Huawei
Sistem operasi HarmonyOS dibangunkan oleh Huawei

Huawei lancar sistem operasi HarmonyOS bermula 2 Jun

SHENZHEN: Syarikat telekomunikasi China, Huawei mengumumkan bakal melancarkan sistem operasi baharunya, HarmonyOS untuk telefon pintar keluarannya bermula 2 Jun depan.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan penggunaan sistem operasi HarmonyOS pada produk seperti skrin serta jam tangan pintar dan dijangka diperluaskan kepada lebih banyak lagi peranti pada masa akan datang.

HarmonyOS, atau Hongmeng dalam bahasa Mandarin bermaksud sistem operasi yang direka untuk pelbagai peranti dan senario, serta julung kalinya dihasilkan bagi peranti Internet Kebendaan (IoT).

Huawei juga sedang menjalankan kerjasama dengan syarikat pengeluar aplikasi lain utama dunia untuk membangunkan aplikasi merentasi peranti terminal.

Dalam perkembangan lain, Huawei menjangkakan jumlah peranti yang dilengkapi sistem operasi HarmonyOS mencecah 300 juta menjelang akhir 2021, termasuk lebih 200 juta untuk peranti Huawei sendiri.

-BERNAMA

Berita Harian X