Khamis, 25 March 2021 | 4:51pm
Scott’s Gummies dengan multivitamin yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas - Foto ihsan GSK
Scott’s Gummies dengan multivitamin yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas - Foto ihsan GSK

GSK lancar Scott's Gummies multivitamin dirumus khas

KUALA LUMPUR: GlaxoSmithKline (GSK) Malaysia melancarkan Scott's Gummies dengan multivitamin yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas, bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK, Bryan Wong, berkata kumpulan mempunyai visi menghasilkan produk menerusi inovasi yang memacu perkembangan dalam kategori vitamin untuk kanak-kanak.

Beliau berkata, sebagai jenama yang dipercayai, Scott's mempunyai rangkaian produk mampan yang terus berkembang dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.

"Scott's Gummies dengan multivitamin dirumus oleh pakar diet dan pemakanan bagi memberikan mikronutrien penting.

"Kami masih menekankan bahawa diet yang baik, seimbang adalah penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat nutrien yang secukupnya untuk mereka membesar dengan sihat," katanya ketika pelancaran Scott's Gummies secara maya, hari ini.

Scott's Gummies dengan multivitamin mengandungi kebaikan semua nutrien penting berkenaan pada kadar yang sesuai untuk kanak-kanak.

Pada masa sama, ia turut didatangkan dalam perisa epal dan tropika, sesuai dengan cita rasa kegemaran kanak-kanak.

Wong berkata, Scott's memasuki segmen multivitamin kerana ia merangkumi hanya 29 peratus rangkaian Makanan Tambahan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak.

Katanya, vitamin C dan makanan tambahan berasaskan ikan masing-masing hanya 41 peratus dan 30 peratus daripada keseluruhan segmen itu.

Portfolio produk Scott's yang sedia ada juga, katanya, memberi tumpuan kepada DHA untuk perkembangan otak dan Vitamin C untuk imuniti.

"Oleh itu, kami sedar wujudnya keperluan untuk mengisi kelompongan dalam kategori multivitamin yang penting bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak," katanya.

Mengulas lanjut, Wong berkata, Scott's turut bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk memberikan tawaran eksklusif apabila mereka membuat pembelian melalui platform e-dagang Watsons.

Beliau berkata, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah istimewa secara percuma.

 

Scott's Gummies dengan multivitamin baru dalam perisa Epal dan Tropika dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol 60 biji dan RM12.60 untuk satu pek 15 biji, serta boleh didapati di semua farmasi utama.

Berita Harian X