Selasa, 2 Februari 2021 | 2:59pm
Louis Balat Joseph
Louis Balat Joseph

Coca-Cola Bottlers umum CEO baharu

KUALA LUMPUR: Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Louis Balat Joseph sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bottling Investment Group bagi Singapura, Malaysia dan Brunei, berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Beliau yang mempunyai 23 tahun pengalaman dengan The Coca-Cola Company akan menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group untuk Singapura, Malaysia dan Brunei, Barry O'Connell.

O'Connell meninggalkan syarikat itu pada akhir Januari 2021 untuk mengejar peluang lain.

"Saya teruja untuk mengambil peranan ini dan berharap untuk bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk melayani pengguna di Singapura, Malaysia dan Brunei.

"Berada di salah satu wilayah yang paling cepat berkembang di dunia dan sebagai negara ingin bangun semula dengan lebih baik daripada wabak COVID-19, Coca-Cola tetap komited menuju ke arah menjadi syarikat minuman total yang mewujudkan perbezaan yang berpanjangan, positif dan berkekalan dalam komuniti setempat," katanya dalam satu kenyataan.

Balat berkata, beliau akan menyesuaikan diri daripada pengalamannya melaksanakan visi 'World Without Waste' di seluruh dunia untuk mempercepat keutamaan kelestarian di rantau ini.

Berita Harian X