X
Selasa, 8 Disember 2020 | 7:19pm

Royal Canin perkenal kempen penjagaan haiwan peliharaan

KUALA LUMPUR: Royal Canin Malaysia, pengeluar makanan haiwan peliharaan, memperkenalkan kempen 'Pelihara untuk Selamatkan Nyawa' yang bertujuan menggalakkan orang ramai mendapatkan dan menjaga haiwan peliharaan menerusi Petfinder.my.

Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Saintifiknya, Dr Melissa Phoon, berkata menerusi kempen itu, 150 individu yang mengambil kucing dan anjiing untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan, masing-masing akan menerima Pek Permulaan ROYAL CANIN®.

Katanya, pemberian itu adalah sebagai galakan dan bagi membantu mereka mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga baharu ke dalam rumah mereka.

"Kempen kesedaran ini akan berlangsung sehingga 31 Disember ini, namun pemberian Pek Permulaan ROYAL CANIN® akan berakhir pada 31 Mei 2021.

"Setiap pek permulaan akan mengandungi satu beg makanan haiwan peliharaan Royal Canin, bekas makanan, cawan pengukur dan panduan anak anjing/kuciing serta buku panduan Pemilikan Haiwan Peliharaan Bertanggungjawab digital yang boleh diperoleh di laman sesawang Royal Canin," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor, Christine Chin, berkata pengambilan haiwan untuk dipelihara memang penting namun pihaknya juga perlu memastikan ia dijaga dengan baik, serta dimandulkan.

Katanya, SPCA Selangor juga giat menggalakkan dan menawarkan khidmat pemandulan pada harga berpatutan.

"Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat yang baik hati dan mempunyai perasaan belas kasihan terhadap hidupan dan haiwan di sekeliling kita.

"Sebelum ini SPCA Selangor telah mempersaksikan ribuan haiwan terbiar. Keadaan itu kian bertambah baik dengan lebih ramai rakyat Malaysia prihatin terhadap haiwan. Namun begitu, saya fikir masih banyak ruang yang boleh diperbaiki," katanya.

Berita Harian X