Jumaat, 17 Julai 2020 | 4:00pm
Bank Simpanan Nasional (BSN) - Foto hiasan
Bank Simpanan Nasional (BSN) - Foto hiasan

BSN kaji bantuan sesuai pasca moratorium

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang mengkaji bantuan yang bersesuaian bagi membantu pelanggannya yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, berikutan tempoh moratorium yang dijadualkan tamat pada akhir September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani, berkata bank komited untuk terus membantu pelanggan, terutama selepas tamat tempoh moratorium

"Kami menggalakkan pelanggan untuk memberi kerjasama dan mengunjungi cawangan BSN terdekat untuk mengemas kini maklumat peribadi bagi memudahkan bank menghubungi mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Yunos berkata, sekiranya pelanggan menjangkakan kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan, mereka boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900 sebagai tindakan awal untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya serta untuk memaklumkan kepada pegawai bank itu mengenai situasi yang dihadapi.

BSN turut menasihati pelanggan untuk berwaspada dengan 'scammers' yang menjalankan aktiviti penipuan sambil menambah ia tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk bantuan.

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh didapati di www.mybsn.com.my.

Berita Harian X