Selasa, 2 Jun 2020 | 12:23pm
Kad RHB Visa WWF Debit Card-i - Foto RHB Islamic
Kad RHB Visa WWF Debit Card-i - Foto RHB Islamic

RHB Islamic perkenal kad debit kitar semula

KUALA LUMPUR: RHB Islamic Bank Bhd (RHB Islamic) menjadi bank tempatan dan Asia Pasifik pertama memperkenalkan kad debit plastik kitar semula mesra alam, menerusi kerjasama dengan WWF-Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

RHB Visa WWF Debit Card-i adalah sebahagian inisiatif RHB Islamic di bawah 'Lautan Harmoni' yang menyasar untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan kelestarian alam sektar ekosistem marin.

Edisi pertama kad mesra alam sekitar itu menampilkan spesis penyu hijau, salah satu hidupan laut paling terancam di dunia hari ini.

Pengarah Urusan RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali, berkata kad plastik kitar semula yang diperkenalkan itu adalah cara pihaknya menyumbang terus kepada pemeliharaan hidupan laut menerusi pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) sekutu global seperti WWF-Malaysia dan universiti tempatan, UMT.

Katanya, pengguna juga diberikan pilihan untuk menyokong pemeliharaan hidupan laut dengan menyumbang sehingga 100 peratus kadar keuntungan atau hibah dan menyalurkan derma RM3 bagi menyokong penyelidikan laut yang dilaksanakan oleh UMT.

"Semua pemegang kad RHB Visa WWF Debit Card-i akan turut menikmati diskaun 10 peratus pembelian cenderahati WWF-Malaysia di kedai dalam taliannya, pandashop.my," katanya dalam satu kenyataan.

Berita Harian X