Khamis, 9 Januari 2020 | 1:06pm
Gambar fail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain yang digantung tugas. - Foto Asyraf Hamzah
Gambar fail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain yang digantung tugas. - Foto Asyraf Hamzah

Pengurusan kanan Prasarana bukan kuasa Kementerian Pengangkutan

KUALA LUMPUR: Sebarang pelantikan pengurusan kanan Prasarana Malaysia Bhd bukan bidang kuasa Kementerian Pengangkutan kerana ia di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, kata Menterinya, Anthony Loke .

Justeru, tegasnya, Kementerian Pengangkutan tidak bertanggungjawab dalam membuat keputusan dalam perlantikan pengurusan kanan Prasarana.

“Prasarana adalah di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dan sebarang keputusan perlantikan adalah menerusi lembaga pengarah dan Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai berita bahawa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain digantung tugas.

Baru-baru ini, laporan media mengatakanMohamed Hazlan digantung tugas berikutan keputusan lembaga pengarah Prasarana.

Menurut laporan itu, keputusan itu diambil pada 24 Disember, disebabkan oleh "ketidakpuasan hati orang awam" terhadap perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT), yang dikendalikan Prasarana.

Antara aduan yang dilaporkan adalah kelewatan notis mengenai kerosakan LRT.

Berita Harian X