Khamis, 21 March 2019 | 8:52pm
Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT). - Foto Ihsan www.sunwayreit.com
Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT). - Foto Ihsan www.sunwayreit.com

Sunway REIT cadang wujud program nota kekal RM10 bilion

KUALA LUMPUR: Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) bercadang mewujudkan program nota kekal RM10 bilion.

Syarikat tujuan khas SunREIT Perpetual Bond Bhd dijangka melaksanakan terbitan pertama di bawah program itu pada suku kedua tahun ini, kata Sunway REIT Management Sdn Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Perolehan itu, katanya akan digunakan untuk membiayai aktiviti pelaburan, pembiayaan semula pinjaman sedia ada dan akan datang, dan untuk modal kerja.

Maklumat diperlukan dan dokumen relevan berhubung program itu diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti hari ini.

HSBC Bank Malaysia Bhd dan Kenanga Investment Bank Bhd merupakan penasihat prinsipal, pengatur utama dan pengurus bersama bagi program itu.

Bulan lepas, Sunway REIT mengumumkan program kertas komersial sehingga RM3 bilion.

Sunway REIT, yang sedang melakukan penyusunan semula daripada REIT fokus pada peruncitan kepada REIT pelbagai portfolio, menyasarkan untuk meningkatkan nilai hartanahnya secara signifikan kepada RM15 bilion pada tahun kewangan 2025. - BERNAMA

Berita Harian X