Rabu, 7 November 2018 | 8:41pm

BIMB terbit Sukuk Murabahah RM300 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh BIMB Holdings Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd menerbitkan tranche pertama Sukuk Murabahah bernilai sehingga RM300 juta di bawah program Sukuk Murabahahnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata Sukuk Murabahah Subordinat yang diterbitkan di bawah program Sukuk Murabahah akan layak sebagai modal kawal-selia Tier 2 Bank Islam mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal bagi Bank-Bank Islam Bank Negara Malaysia.

“Sehubungan itu, ia akan meningkatkan kecukupan modal bank yang sejajar dengan keperluan Basel III,” kata bank itu.

Program Sukuk Murabahah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 6 Sept dan di bawah program itu, Bank Islam diberikan keanjalan untuk menerbitkan Sukuk Murabahan Subordinat dan/atau Sukuk Murabahah Senior dengan tempoh 10 tahun, tidak boleh panggil bagi lima tahun.

RAM Rating Services Bhd telah memberikan penarafan jangka panjang ‘A1/stabil’ dan ‘AA3/stabil’ masing-masing kepada Sukuk Murabahah Subordinat dan Sukuk Murabahah Senior.

-BERNAMA

Berita Harian X