Khamis, 25 Oktober 2018 | 8:55pm

Eco World International selesai terbitan sukuk RM350 juta

KUALA LUMPUR: Eco World International Bhd menyelesaikan terbitan kedua Sukuk Murabahah, bernilai RM350 juta dalam nilai nominal, dengan tempoh tiga tahun dari tarikh terbitan di bawah program nota jangka sederhana Islam yang tidak diberi penarafan bernilai RM800 juta (Program Sukuk Murabahah).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya hasil daripada terbitan itu akan digunakan untuk tujuan korporat am, keperluan modal kerja dan/atau untuk pembiayaan masa depan.

“Bagi mengelak keraguan, penggunaan hasil daripada Sukuk Murabahah itu akan, pada setiap masa, untuk tujuan patuh Syariah,” menurut Eco World.

CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama bagi Program Sukuk Murabahah.

-BERNAMA

Berita Harian X