Khamis, 18 Oktober 2018 | 8:51pm

Affin Islamic terbitkan sukuk wakalah AT1 bernilai RM300 juta

KUALA LUMPUR: Affin Islamic Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Affin Bank Bhd, telah menerbitkan Sukuk Wakalah AT1 bernilai RM300 juta di bawah program sukuknya.

Affin Bank dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata Sukuk Wakalah AT1 akan mempunyai tempoh kekal tidak boleh dipanggil selama lima tahun dan telah diberikan penarafan jangka panjang A3 oleh RAM Rating Services Bhd.

Katanya, program sukuk ini akan memberikan Affin Islamic keanjalan bagi mendapatkan dana melalui penerbitan Sukuk Murabahah Senior, Sukuk Murabahah Tier 2 dan/atau Sukuk Wakalah AT1 dari masa ke semasa.

Hasil akan digunakan untuk keperluan modal kerja umum keperluan dan tujuan perniagaan Affin Islamic, yang mana ianya, akan patuh Syariah.

Affin Hwang Invesment Bank Bhd merupakan penasihat prinsipal, pengatur utama dan pengurus bagi program sukuk berkenaan. – BERNAMA

Berita Harian X