Selasa, 19 September 2017 | 1:23pm
DATUK Ahmad Fuaad Mohd Kenali.- Foto OWEE AH CHUN
DATUK Ahmad Fuaad Mohd Kenali.- Foto OWEE AH CHUN

Ahmad Fuaad akan terajui Malakoff mulai Oktober

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp Bhd (MCB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Oktober ini.

MCB, pengeluar tenaga bebas, memberitahu Bursa Malaysia, dengan pelantikan Ahmad Fuaad, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Habib Husin, akan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Oktober ini, namun kekal sebagai Naib Presiden Eksekutif, Operasi syarikat.

Ahmad Fuaad kekal sebagai ahli lembaga pengarah pembuat kereta nasional itu hingga 30 September. Beliau dilantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton pada 1 April tahun lalu.

Sebelum berkhidmat dengan Proton, beliau ialah Ketua Pegawai Operasi - Kewangan & Korporat serta Ketua Pegawai Kewangan (CFO) DRB-HICOM Bhd dari Ogos 2013 hingga Mac 2016.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co pada 1994. - BERNAMA

Berita Harian X