Ahad, 28 April 2024 | 6:08pm
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San bersama pemenang Perodua Axia pada majlis cabutan bertuah program LBS Fabulous Extra 2023-24 di galeri jualan KITA @ Cybersouth. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San bersama pemenang Perodua Axia pada majlis cabutan bertuah program LBS Fabulous Extra 2023-24 di galeri jualan KITA @ Cybersouth. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

LBS Fabulous Extra, 17 pembeli rumah terima Perodua Axia

DENGKIL: Syarikat pemaju perumahan terkemuka Malaysia, LBS Bina Group Bhd (LBS) meraikan pemilik hartanahnya yang terpilih menerusi kempen LBS Fabulous Extra 2022/23 yang berakhir semalam.

Kempen diadakan dengan jayanya serta menyeronokkan itu menyediakan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM1.5 juta untuk diberikan kepada 1,400 pemilik rumah bertuah termasuk hadiah utama 17 buah kereta Perodua Axia.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Dr Lim Hock San berkata, kempen diadakan ini menunjukkan komitmen LBS yang bukan hanya sekadar menawarkan kediaman, malah berhasrat untuk membina hubungan berpanjangan bersama pemilik rumah.

Menurutnya, bagi setiap pembeli, penerimaan kunci rumah baharu menandakan berakhirnya proses pembelian, namun bagi LBS ia merupakan suatu detik permulaan yang istimewa.

Katanya, bagi mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan syarikat turut memperkenalkan program kesetiaan pelanggan dinamakan 'LBS Perks and Plusses' khusus bagi setiap pemilik rumah melibatkan pelbagai kategori seperti automotif, peralatan elektrik, alatan rumah, hospitaliti, pendidikan dan banyak lagi.

"Bagi menjayakan program itu LBS telah bekerjasama dengan lebih daripada 50 rakan kongsi," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang LBS Fabulous di galeri jualan KITA @ Cybersouth semalam.

Selain hadiah utama 17 buah Perodua Axia pembeli bertuah turut membawa pulang hadiah lain seperti motosikal, teater rumah, peralatan eletrik dan basikal.

Hock San berkata, sempena Aidilfitri ini syarikatturut melancarkan kempen terbaharu 'Emas Bling-Bling Bersama LBS' bertujuan memeriahkan suasana hari raya bermula awal April lalu sehingga 31 Mei ini.

Menurutnya, kempen itu menawarkan peluang keemasan kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah baharu dan meraikan sambutan Aidilfitri dengan penuh bergaya untuk memenangi jongkong emas 999.9.

Katanya, bukan sekadar emas, pakej pembelian rumah ini menawarkan faedah eksklusif bagi pelanggan seperti pakej perabot khas, yuran keluar sifar serta yuran tempahan yang rendah.

"LBS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah dan berharap kesemuanya gembira serta bercadang mengadakan program lebih menarik kepada pembeli di masa depan," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat boleh melawat www. lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 bagi keterangan lanjut.

Berita Harian X