Sabtu, 27 April 2024 | 7:20pm
Unit kediaman terbaharu daripada Gunung Lang Development Sdn Bhd di Ipoh ialah Teak Luxor, rumah teres dua tingkat berkonsepkan rumah moden. - Foto NSTP/L MANIMARAN
Unit kediaman terbaharu daripada Gunung Lang Development Sdn Bhd di Ipoh ialah Teak Luxor, rumah teres dua tingkat berkonsepkan rumah moden. - Foto NSTP/L MANIMARAN

Peluang hayati rekaan rumah contoh Teak Luxor sempena majlis Aidilfitri

IPOH: Ratusan pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2024 anjuran Gunung Lang Development Sdn Bhd yang diadakan di tapak projek perumahan terbaharu Gunung Lang Development iaitu Teak Luxor, rumah teres dua tingkat berkonsepkan rumah moden.

Selain jamuan hidangan Raya seperti lemang dan rendang, majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari turut diserikan dengan pameran kereta pelbagai jenama termasuk Mini, BMW, Mercedes Benz, Toyota dan Proton di samping pelbagai diskaun ditawarkan kepada pengunjung yang berminat mendapatkannya.

Antara model kereta itu BMW 330i; BMW 218i; BMW X-Drive 30e; Mini Cooper S Countryman; Mercedes Benz EQA 250; Toyota Corolla Cross Hybrid; Toyota Vios E; Proton X90; Proton S70; selain daripada pameran berkaitan Geotapak Gunung Lang yang berada dalam kawasan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta.

Selain pelbagai hadiah menarik disediakan untuk dimenangi, pengunjung juga tidak melepaskan peluang menghayati ruang rekaan dalaman rumah contoh Teak Luxor iaitu Luxor Premium atau lot sudut bersaiz 24x70 yang lengkap dengan perabot.

Teak Luxor dibangunkan Gunung Lang Sdn Bhd di Ipoh ditawarkan pada harga bermula RM528,800 menawarkan kehidupan di komuniti berpagar dengan pelbagai ciri automasi termasuk tempat pengecas elektrik kereta hibrid. - Foto NSTP/L MANIMARAN
Teak Luxor dibangunkan Gunung Lang Sdn Bhd di Ipoh ditawarkan pada harga bermula RM528,800 menawarkan kehidupan di komuniti berpagar dengan pelbagai ciri automasi termasuk tempat pengecas elektrik kereta hibrid. - Foto NSTP/L MANIMARAN

Antara ciri menarik dan unik Teak Luxor yang ditawarkan pada harga bermula RM528,800 menawarkan kehidupan di komuniti berpagar dengan pelbagai ciri automasi termasuk tempat pengecas elektrik kereta hibrid.

Unit kediaman itu didatangkan dengan empat bilik yang mana setiap bilik mempunyai bilik air tersendiri, dengan bilik utama setiap unit direka seperti sebuah suite.

Terletak berhampiran kawasan bukit batu kapur yang masih belum 'terusik' selain berhampiran Geotapak Gunung Lang atau Taman Rekreasi Gunung Lang, penempatan yang disasar untuk dibina sebanyak 80 unit itu dijangka siap sepenuhnya kurang dua tahun.

Ia menampilkan sentuhan alam semula jadi di tengah-tengah kepesatan pembangunan Bandaraya Ipoh, dengan ia turut berhampiran beberapa perumahan lain yang sudah siap seperti Teak One, Teak Two, dan Teak Villas; selain Raintree Villas.

Kawasan ini adalah sebuah perbandaran bersepadu lengkap yang menawarkan gaya hidup moden khususnya terletak berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta laluan persekutuan utama iaitu Jalan Kuala Kangsar (Jalan Ipoh-Kuala Kangsar).

Sebanyak 80 unit kediaman Teak Luxor dibangunkan Gunung Lang Development Sdn Bhd di Ipoh, dalam kawasan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta turut mempunyai akses mudah ke Lebuhraya PLUS. - NSTP/L Manimaran
Sebanyak 80 unit kediaman Teak Luxor dibangunkan Gunung Lang Development Sdn Bhd di Ipoh, dalam kawasan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta turut mempunyai akses mudah ke Lebuhraya PLUS. - NSTP/L Manimaran

Rancangan oleh sebuah universiti swasta untuk membuka kampusnya di kawasan sekitar Gunung Lang membabitkan keluasan 4.04 hektar yang akan dapat menampung lebih 6,000 pelajar pastinya bakal menambah 'seri' penempatan itu.

Pembinaan kampus baharu universiti yang dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Teak Luxor, sila hubungi 1-300 221 888, 012-566 6018 atau 012-431 6018 serta boleh mengunjungi laman web di pautan http://www.gununglang.com.my/projects/upcoming-projects/.

Berita Harian X