Isnin, 8 April 2024 | 11:49am
(Dari kiri) Ketua Pegawai Operasi Mah Sing, Chris Chen Weng Hong; Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah, Benjamin Ong; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Eksekutif, Datuk Voon Tin Yow dan Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah, Yeoh Chee Beng bersama EV yang bakal dimenangi pembeli hartanah Mah Sing.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Operasi Mah Sing, Chris Chen Weng Hong; Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah, Benjamin Ong; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Eksekutif, Datuk Voon Tin Yow dan Ketua Pegawai Eksekutif Subsidiari Hartanah, Yeoh Chee Beng bersama EV yang bakal dimenangi pembeli hartanah Mah Sing.

Mah Sing beri hadiah EV, wang tunai sempena ulang tahun ke-30

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) menggandakan pemberian hadiah mega bernilai RM500,000 dengan menampilkan tiga kenderaan elektrik (EV) dan hadiah wang tunai sempena Kempen Ulang Tahun ke-30 yang bermatlamat untuk meraikan tiga dekad kecemerlangannya dalam industri hartanah.

Pembeli rumah yang membuat tempahan hartanah Mah Sing dari 8 April 2024 hingga 31 Disember 2024, dan menandatangani Perjanjian Jual dan Beli (SPA) pada atau sebelum 31 Mac 2025, akan berpeluang memenangi hadiah tunai atau hadiah utama kereta EV daripada Tesla, BYD dan Neta-V.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata beliau memutuskan untuk menceburi bidang pembangunan hartanah pada tahun 1994 dan merupakan perjalanan yang luar biasa kepadanya.

"Tiga dekad yang lalu adalah mencabar tetapi memberi ganjaran menarik, mendorong kami untuk menjadi salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia di mana kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha bersama semua dalam Mah Sing, rakan kongsi kami yang dihargai dan lebih daripada 57,000 pemilik rumah di seluruh negara.

"Sambil merenung semula perjalanan indah yang telah kami kongsi selama ini, kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-30 dengan kempen ulang tahun selama setahun yang disesuaikan untuk pembeli rumah yang dihargai," katanya dalam satu kenyataan.

Hoy Kum berkata, ini memberikan peluang keemasan kepada pembeli rumah untuk bukan sahaja mendapatkan rumah idaman mereka tetapi juga meningkatkan gaya hidup mereka di samping memberi impak positif kepada alam sekitar, dengan berpeluang untuk memandu pulang sebuah kereta EV.

"Kediaman adalah lebih daripada sekadar bumbung di atas kepala, ia adalah tempat di mana memori dicipta. Sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki rumah dengan Mah Sing, iaitu platform terbaik mencari kediaman impian.

"Pemberian hadiah kereta EV mencerminkan komitmen Mah Sing yang teguh terhadap inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mempromosikan gaya hidup lestari," katanya.

Beliau berkata, kempen ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian dan memberi inspirasi kepada orang lain supaya turut serta membina masa depan yang lebih mementingkan alam sekitar.

Katanya, sepanjang berlangsung kempen ulang tahun kali ini, pembeli rumah yang layak akan berpeluang memenangi hadiah utama termasuk Tesla Model 3, Neta V dan BYD Dolphin.

"Untuk memastikan ketelusan dan keadilan, proses cabutan bertuah akan diaudit sepenuhnya oleh firma audit yang dipilih dan pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah melalui acara siaran langsung.

"Selain itu, pembeli rumah yang telah menandatangani SPA untuk projek, M Terra juga layak untuk menyertai kempen ulang tahun kami," katanya.

Pembeli rumah berminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen boleh melawati laman sesawang kempen 'Mah Sing 30th Anniversary' di https://mahsing.com.my/30anniversary atau boleh menghubungi 1300 80 6888, atau menghantar e-mel ke [email protected].

Berita Harian X