Selasa, 27 Februari 2024 | 11:32am

Se.duduk D' Kajang, gaya hidup premier, era baru hartanah EcoWorld

KUALA LUMPUR: Projek duduk by EcoWorld mula diperkenalkan pada tahun 2020 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan menerusi Huni D' Eco Ardence dan Se.Ruang D' Eco Sanctuary.

EcoWorld terus membangunkan projek kediaman bertingkat iaitu duduk di empat buah  perbandarannya – Sa.Young D' Eco Botanic, Santai D' Eco Spring, Riang D' Eco Majestic, dan Hana D' Eco Ardence.

Menariknya, semua projek berkenaan menerima sambutan pembeli.

Terbaharu, EcoWorld memperkenalkan projek kediaman bertingkat terunggul - Se.duduk D' Kajang lengkap dengan kemudahan gaya hidup yang dinamik serta memenuhi keperluan seisi keluarga di Koridor Kajang yang semakin berkembang pesat. 

Penuhi keperluan seisi keluarga

Dengan keluasan binaan 1,000 kaki persegi*, reka bentuk rumah ini mempunyai tiga bilik tidur*, dua bilik air* dan dua tempat letak kereta*.

Se.duduk D' Kajang merupakan kediaman yang menepati citarasa orang ramai dan sesuai bagi semua lapisan masyarakat yang mengimpikan rumah sendiri.

Se.duduk D' Kajang merupakan kediaman separa berperabot* seperti kelengkapan penghawa dingin, lampu, mesin pengering baju, kabinet dapur bawah serta pemanas air.

Tidak terkecuali ia juga dilengkapi kunci digital di pintu masuk utama.

Image

Selain itu, Se.duduk D' Kajang turut dilengkapi dengan Sistem Pengiktirafan Plat Lesen (LPR) yang sangat mudah, Kawalan keselamatan 24 jam & berpengawal, CCTV, tempat cuci kereta, akses tanpa kad, pengecasan EV, dan pelbagai kemudahan lain.

Image

Bukan itu sahaja, kediaman ini juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti gim, kolam renang, dan taman untuk rekreasi pada masa lapang.

Akses mudah dengan lebuhraya

Selain fasiliti yang serba lengkap, Se.duduk D' Kajang terletak di lokasi strategik dikelilingi lebuhraya utama seperti SILK, LEKAS, PLUS dan GRAND SAGA yang membantu memendekkan masa dan jarak perjalanan dari Kajang ke seluruh negeri.

Image

Ada pelbagai kemudahan lain di sekitarnya seperti restoran, kedai serbaneka, dan juga pasaraya besar seperti Billion, Lotus's dan Mydin yang pastinya memudahkan komuniti setempat.

Image

Berada di lokasi strategik, Se.duduk D' Kajang mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh diakses seperti KTM Kajang 2 dengan jarak 2 KM* serta MRT Kajang dengan jarak  4.7 KM*. 

Penduduk boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam ini  tanpa perlu bimbang berdepan dengan kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja.

Secara ringkasnya, Se.duduk D' Kajang merupakan kediaman terbaik untuk anda membina masa depan yang kukuh bersama keluarga.

Istimewanya adalah tawaran harga yang bermula dari RM400K sahaja.*

Pembukaan Rasmi Galeri Jualan dan Unit Pameran Se.duduk D' Kajang Galeri Jualan dan Unit Pameran Se.duduk D' Kajang telah dibuka secara rasmi untuk orang ramai. 

Untuk mereka yang berminat memiliki sebuah servis apartment impian tanpa mengabaikan aspek gaya hidup serta mudah dimilik, boleh berkunjung sekarang.

Bukan itu sahaja, Se.duduk D' Kajang juga akan mengadakan "Sawadeeka duduk Thai Food Fair" pada 2 dan 3 Mac serta 9 dan 10 Mac 2024 bermula jam 4 petang hingga 10 malam. 

Image

Daftar dan layari laman sesawang  Se.duduk D' Kajang, atau ikuti media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.

*Tertakluk kepada terma & syarat.


Berita Harian X