Rabu, 7 Februari 2024 | 11:58am

Nikmati keseimbangan ideal antara kediaman, komersial di bandar hijau

MEMILIKI rumah atau kediaman yang selesa di kawasan yang strategik dan selamat adalah impian bagi semua orang.

Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk dicapai memandangkan tidak banyak pemaju perumahan yang menawarkan kediaman dengan ciri sedemikian.

Menyedari akan pentingnya persekitaran kondusif dalam menjalani kehidupan seharian, pemaju hartanah terkemuka, EcoWorld tampil dengan projek perumahan Eco Botanic bagi memenuhi keperluan masa kini.

Dengan kerjasama DJI Malaysia dengan EcoWorld, mereka telah membangunkan video sudut pandang (POV) yang dirakam menggunakan dron bagi mempamerkan keindahan Eco Botanic. 

The Commune 

The Commune merupakan rumah kluster hak milik Pegangan Bebas (Freehold) Strata terakhir yang dibina di Eco Botanic 2.

Ia menawarkan dua pilihan kediaman dengan kelengkapan empat bilik tidur serta empat bilik mandi atau empat bilik tidur serta tiga bilik mandi dengan tiga variasi keluasan iaitu 20x85 kaki persegi*, 22x85 kaki persegi* dan 24x85 kaki persegi*.

Bercirikan seni bina ala Inggeris, The Commune mempunyai balkoni luas di bahagian luar bilik tidurnya yang membolehkan penghuni melakukan pelbagai aktiviti di dalam mahupun luar rumah bersama keluarga.

Selain itu, kawasan perumahan ini turut memberikan kebebasan buat penghuni untuk mereka letak taman peribadi yang ada di hadapan rumah mereka mengikut cita rasa tersendiri.

Ia memberikan keselesaan buat penghuni untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang di kolam renang peribadi, bersenam mahupun menikmati BBQ bersama rakan-rakan tanpa mengganggu penghuni lain.

Beberapa pintu dan tingkap juga turut dibina dengan menghubungkan unit rumah dengan halaman bagi memberikan ruang pengudaraan dan pencahayaan yang terbaik buat penghuni.

Menariknya, ia juga dibina berdekatan dengan pusat beli-belah Eco Galleria yang sedia untuk disewa oleh pemilik perniagaan selain University of Southampton Malaysia (UoSM) yang menjadi salah satu penyewa utama Eco Galleria ketika ini. 

Bukan itu sahaja, Eco Galleria turut dilengkapi pasaraya Jaya Grocer terbesar di Malaysia yang pastinya memberi kemudahan kepada penghuni Eco Botanic.

Eco Galleria

Eco Galleria adalah pembangunan komersial bersepadu yang luar biasa, terinspirasi daripada jalanan bertaraf tinggi yang bergaya di Britain. 

Ia tidak hanya menawarkan pengalaman membeli-belah, makanan dan hiburan yang unggul tetapi juga pendidikan cemerlang di kampus Universiti Southampton Malaysia di bawah satu bumbung. 

Dengan akses mudah dari pusat bandar Johor Bahru dan Singapura, lokasi cemerlang Eco Galleria di Iskandar Malaysia terletak berdekatan dengan pusat-pusat komersial, pendidikan, dan perubatan utama. 

Dengan keluasan sesebuah unit berukuran daripada 710 kaki persegi* ke 2,486 kaki persegi*, ia pasti menjadi salah satu destinasi unik untuk menjalankan perniagaan dan sesuai bagi aktiviti sosial di Iskandar Puteri.

Gaya seni bina klasik kompleks beli-belah ini digabungkan dengan pelan induk pintar seperti dua pintu utamanya yang besar serta ciri-ciri inovatif bagi memberikan ruang pengiklanan yang lebih berkesan.

Kompleks beli-belah ini mempunyai reka bentuk hadapan berkembar untuk akses mudah dari satu kedai ke kedai yang lain selain dilengkapi laluan pejalan kaki berbumbung menjadikan ia lebih mesra pejalan kaki.

Eco Galleria menampilkan dua ruang terbuka yang dibina untuk kegunaan orang ramai bagi menjalankan sebarang aktiviti sosial dengan kawasan seluas 20,000 kaki persegi*.

Ia adalah ruang yang boleh ditutup bagi tujuan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pasar seni, bazar hujung minggu dan banyak lagi.

Selain itu, kawasan tengah kompleks beli-belah ini turut dilengkapi dengan Courtyard Atrium; kawasan terbuka seluas 26,000 kaki persegi* yang sangat sesuai untuk acara perhimpunan besar-besaran.

Sebagai nilai tambah, kesemua unit di dalam kompleks ini mempunyai butang panik bagi memberikan ciri keselamatan yang lebih terjamin buat pengunjung.

Penghuni Eco Botanic 2 yang bakal berpindah ke kediaman mereka bermula tahun 2024 juga pasti merancakkan lagi kegiatan ekonomi yang ada di Eco Galleria.

Berada di lokasi strategik, Eco Botanic terletak di Iskandar Puteri yang menawarkan akses lancar ke lebuhraya utama seperti Lebuhraya Coastal, Laluan Kedua Malaysia–Singapura dan Lebuhraya Skudai.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan Eco Botanic, layari https://bit.ly/EcoBotanic atau hubungi pengedar sah Eco Botanic sekarang.

*Tertakluk terma dan syarat 

Berita Harian X