Selasa, 23 Januari 2024 | 12:34pm
Elmina Lakeside Mall - Gambar ilustrasi ihsan Sime Darby Property
Elmina Lakeside Mall - Gambar ilustrasi ihsan Sime Darby Property

Elmina Lakeside Mall tarik minat penyewa

KUALA LUMPUR: Pemilik perniagaan menunjukkan kepercayaan terhadap jenama Sime Darby Property Bhd apabila pusat beli-belah Elmina Lakeside Mall yang bakal dibuka mencatatkan kadar penghunian 85 peratus.

Elmina Lakeside Mall yang terletak secara strategik di Bandar Elmina telahpun menarik minat penyewa sejak sebelum pusat beli-belah itu selesai dibina.

Dengan keluasan sebanyak 17.2 ekar, Elmina Lakeside Mall adalah pusat beli-belah milik penuh kedua Sime Darby Property dan dijangka akan dibuka pada suku ketiga 2024.

Pusat beli-belah di kejiranan Bandar Elmina dengan keluasaan lantai kasar kira-kira 400,000 kaki persegi ini

merangkumi 712 tempat letak kereta, dan menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk restoran pandu lalu, pilihan tempat makan tempatan dan antarabangsa, produk rumah dan gaya hidup, perkhidmatan dan kemudahan, kesihatan dan kesejahteraan serta butik gaya hidup.

Antara jenama yang bakal menghuni Elmina Lakeside Mall adalah Jaya Grocer, Harvey Norman, The Coffee Bean & Tea Leaf, Nak Nak, Inside Scoop, Kenny Hills Bakers, Jibby & Co, Chica Bonita, Sushi Zanmai, Para Thai, Super Saigon, Dolly Dim Sum, Watsons, Toys 'R' Us, Twigs Bookshop, Lavender Bakery, Nyonya Colors, Ali, Muthu & Ah Hock, The Bike Artisan, Pets Wonderland, Happy Fish dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property, Appollo Leong, berkata minat daripada pemilik perniagaan menunjukkan pengaruh kedudukan pusat beli-belah yang strategik ini.

"Kami mengalu-alukan rakan kongsi perniagaan yang telah memilih Elmina Lakeside Mall sebagi destinasi utama untuk memperkenalkan kedai baharu mereka. Kepercayaan mereka terhadap produk kami adalah bukti kepada persekitaran runcit yang menarik yang ingin kami wujudkan.

"Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi yang telah menyertai kami untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang hebat dan menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan," katanya semasa sesi

keterlibatan bersama penyewa di tapak pembinaan Elmina Lakeside Mall.

Leong menambah, dengan pelbagai jenis jenama yang terkemuka, tawaran khas, dan kemudahan

yang terkini, Sime Darby Property yakin bahawa Elmina Lakeside Mall akan menjadi tempat tumpuan utama

untuk pengguna dan pembeli.

"Kami bukan hanya membina destinasi membeli-belah, kami juga sedang mencipta pusat komuniti gaya hidup untuk penduduk," katanya.

Sebagai pusat beli-belah pertama di Bandar Elmina, Elmina Lakeside Mall menawarkan peluang untuk perniagaan yang ingin meraih pasaran yang pesat berkembang dalam kalangan penduduk sedia ada di dalam dan sekitar perbandaran ini.

Berhadapan dengan Elmina Urban Park, Elmina Lakeside Mall direka dengan konsep perniagaan 'alfresco' dengan unsur-unsur biofilik seperti kedai makan tepi tasik, jalanberlandskap, struktur air, persekitaran

semula jadi dan ciri-ciri yang menarik untuk siaran Instagram.

Elmina Lakeside Mall boleh diakses melalui beberapa laluan utama seperti Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

Berita Harian X