Jumaat, 19 Januari 2024 | 10:55am
Sime Darby Property melancarkan kempen jualan ‘Dragon Deals’ sehingga 29 Februari 2024.
Sime Darby Property melancarkan kempen jualan ‘Dragon Deals’ sehingga 29 Februari 2024.

'Great Deals' Sime Darby Property catat jualan RM1.1 bilion

PETALING JAYA: Sime Darby Property Bhd menamatkan kempen 'Great Deals' dengan tempahan jualan bagi 1,107 unit hartanah dengan anggaran nilai sebanyak RM1.1 bilion.

Kempen yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 31 Disember 2023 itu disokong oleh pelbagai tawaran menarik untuk hartanah terpilih di beberapa perbandaran syarikat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei, berkata kejayaan kempen 'Great Deals' membuktikan pemahaman syarikat terhadap keperluan pengguna.

"Kami menepati permintaan yang meningkat untuk hartanah berkualiti pada harga dan lokasi yang tepat. Menerusi kempen 'Great Deals', kami memenuhi impian pemilikan hartanah dengan tawaran hebat di kawasan yang tersedia dengan perhubungan, aksesibiliti dan kemudahan yang cemerlang serta pengalaman pembelian yang mudah," katanya dalam satu kenyataan.

Dipacu oleh momentum kempen Great Deals, syarikat telah melancarkan kempen jualan 'Dragon Deals' yang sedang berlangsung sehingga 29 Februari 2024.

Terdiri daripada 'Go Landed' & High-Rise Collection' dengan hartanah terpilih di Bandar Elmina, Bandar Bukit Raja, Bandar Serenia, Nilai Impian, Bandar Ainsdale, Taman Melawati dan Putra Heights, Sime Darby Property percaya bahawa kempen ini akan membolehkan pemilikan rumah bagi semua rakyat Malaysia.

"Kempen 'Dragon Deals' adalah salah satu usaha Sime Darby Property untuk menangani kesukaran pemilikan hartanah di Malaysia.

"Kami sedar akan sentimen dan cabaran yang dihadapi oleh pembeli dan percaya bahawa kempen ini akan membantu mereka memiliki hartanah bermula dengan di perbandaran kami," kata Shu Wei

Sempena Tahun Naga, pembeli hartanah akan berpeluang untuk menikmati 'Fortune Rewards' yang bernilai sehingga RM100,000 serta hadiah lain sepanjang tempoh kempen.

Sime Darby Property juga akan mengeluarkan filem pendek Tahun Baru Cina yang mempamerkan komitmen berterusan syarikat terhadap kehidupan mampan di perbandarannya dengan tema 'Where Sustainability Flows, Prosperity Follows'.

Untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan yang akan datang, kempen 'Special Weekends' akan berlangsung dari 20 Januari hingga 24 Januari dan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina akan diadakan antara 17 dan 25 Februari.

Kemeriahan perayaan akan bermula dengan siri 'Go-Landed Special Weekends' di Bandar Bukit Raja, Bandar Serenia, Bandar Ainsdale, Nilai Impian dan Bandar Elmina.

Berita Harian X