Khamis, 7 Disember 2023 | 5:24pm

Kediaman dengan pelbagai kemudahan berorientasikan keluarga

Zaman kanak-kanak merupakan asas kehidupan yang penting dalam membentuk nilai, personaliti dan matlamat setiap individu.

Setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan permulaan yang terbaik dalam hidup dan mencipta persekitaran serta sokongan bagi membantu perkembangan anak-anak mereka.

Selain nutrisi seimbang dan didikan keluarga, keadaan fizikal tempat tinggal juga boleh memberi kesan yang kompleks pada perkembangan anak kecil.

Justeru, pemaju hartanah Myra tampil dengan Myra Dahlia yang menyediakan tempat perlindungan sempurna bagi keluarga muda membesarkan anak-anak dalam masa yang sama mencipta kenangan abadi.

Persekitaran pupuk ikatan keluarga

Memahami cabaran pasangan muda menyeimbangkan kerjaya dan keluarga, pembangunan yang diinspirasikan daripada bunga Dahlia ini mengintegrasikan pelbagai ciri mesra keluarga bagi memastikan momen berharga dapat dinikmati tanpa perlu ke tempat lain.

Dilengkapi pintu masuk berpagar serta pengawal keselamatan, penduduk akan berasa aman dan selamat lantas memberikan ketenangan fikiran buat mereka, terutama yang mempunyai anak-anak.

Anak-anak boleh menikmati keseronokan tanpa had di taman permainan dalaman serta taman permainan luar yang menyediakan lebih ruang untuk mereka bermain dalam apa jua cuaca.

Ibu bapa juga boleh mengadakan sesi pembelajaran untuk anak-anak mereka di bilik pengajaran.

Selain itu, penduduk boleh menggunakan fasiliti kolam renang dewasa dan kanak-kanak untuk mengajar anak-anak berenang dengan yakin.

Buat anak lebih kecil, biarkan mereka bermain kolam randuk yang cetek dilengkapi gelongsor bagi menggalakkan permainan imaginatif dan memupuk kebebasan.

Sementara itu, ibu bapa boleh merangsang pertumbuhan dan perkembangan mental anak-anak di bilik permainan dengan menggalakkan mereka menerokai pelbagai permainan dan aktiviti.

Ajarkan juga anak-anak semangat berpasukan melalui futsal atau bola jaring di gelanggang serbaguna dan dalam masa sama melatih kemahiran pemikiran strategik mereka.

Lebih menarik, penduduk boleh bersenam di gim menghadap taman permainan luar bagi memberikan ibu bapa ketenangan fikiran apabila dapat memantau anak-anak bermain.

Selain fasiliti serba lengkap, setiap unit di Myra Dahlia turut dilengkapi pintu gelangsar balkoni dengan dua kunci, menjadikannya lebih sukar untuk dibuka oleh kanak-kanak.

Unit Myra Dahlia juga hadir dengan tingkap keselamatan yang boleh membuka seluas 25 hingga 30 darjah.

Reka bentuk tetingkap ini bukan sahaja memberikan pengudaraan kepada kediaman malah menjamin keselamatan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, suis lampu pada kediaman ini juga diletakkan lebih rendah daripada standard piawaian (satu meter dari lantai), memudahkan kanak-kanak menghidup dan mematikan lampu sendiri sekali gus menjadikan mereka lebih berdikari.

Dengan adanya kemudahan sebegini, anak-anak pastinya membesar dalam suasana kondusif, selesa dan selamat selain dibekalkan dengan kemahiran insaniah yang pelbagai.

Kediaman mampu milik buat keluarga muda

Menyediakan hak milik selamat untuk jangka masa panjang, Myra Dahlia terdiri daripada 432 unit Program Perumahan Kakitangan Awam Malaysia (PPAM) dan 48 unit Rumah Selangorku.

Berada di lokasi strategik, Myra Dahlia terletak di Salak Tinggi sekali gus menawarkan akses lancar ke bandar Kota Warisan, KLIA, KLIA 2, dan stesen ERL Salak Tinggi yang berdekatan.

Pembangunan yang merangkumi 2.76 ekar tanah ini menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan setiap keluarga pada harga RM299,800 bagi unit PPAM yang pastinya memikat hati kakitangan awam.

Dengan harga yang berpatutan, lokasi strategik dan komitmen terhadap kesejahteraan keluarga, Myra Dahlia adalah kediaman ideal untuk mencipta kenangan abadi dan membina masa depan yang kukuh bersama keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Myra Dahlia dan menjadikan impian rumah anda kenyataan, layari https://www.myra.com.my/myradahlia/.

Berita Harian X