Isnin, 3 Ogos 2020 | 12:15pm
Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI Sdn Bhd, Daniel Lim Hin Soon - Foto ihsan Naza TTDI
Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI Sdn Bhd, Daniel Lim Hin Soon - Foto ihsan Naza TTDI

Naza TTDI lantik CEO baharu

KUALA LUMPUR: Naza TTDI Sdn Bhd, unit hartanah Naza Group melantik Daniel Lim Hin Soon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa hari ini.

"Daniel akan bertanggungjawab bagi pembangunan strategik dan hala tuju keseluruhan perniagaan hartanah serta memacu pertumbuhan positif salah satu perniagaan teras Naza Group.

"Pelantikan Daniel dibuat ketika masa paling menarik untuk perniagaan pembangunan hartanah kumpulan.

"Kami memiliki matlamat berani untuk memacu strategi pertumbuhan dan pengalaman Daniel dalam industri ini akan menjadi aset penting untuk memanfaatkan perubahan persekitaran pasaran serta mengukuhkan visi jangka panjang kami," kata Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin.

Daniel mempunyai pengalaman kira-kira 28 tahun dalam industri pembangunan hartanah apabila berkhidmat di beberapa pemaju hartanah utama dengan memegang jawatan eksekutif kanan.

Jawatan terakhirnya sebelum menyertai Naza TTDI adalah bersama Sunway Group, berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Kanan dengan Sunway Integrated Properties Sdn Bhd.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Sivil) dengan Kelas Pertama dari University of Singapore dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari universiti sama.

Berita Harian X