Jumaat, 24 Julai 2020 | 10:53am
Projek Senadi Hills antara yang ditawarkan UEM Sunrise pada Kempen The Happy Chase - Foto ihsan UEM Sunrise
Projek Senadi Hills antara yang ditawarkan UEM Sunrise pada Kempen The Happy Chase - Foto ihsan UEM Sunrise

RM1 bayaran pendahuluan beli rumah UEM Sunrise

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise menawarkan yuran tempahan serendah RM1, pengecualian yuran guaman dan pelbagai ganjaran lain seperti rebat serta subsidi tambahan di bawah kempen 'The Happy Chase' sempena Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020.

HOC 2020 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lalu menjanjikan lebih banyak ganjaran dan rebat menarik serta proses pembelian rumah yang lebih mudah.

Di samping itu, pembeli rumah UEM Sunrise turut menikmati pelbagai hadiah menarik dengan setiap pembelian yang dibuat seperti pengecualian yuran penyelenggaraan selama dua tahun, kabinet dapur dan perkakas rumah percuma.

Kempen 'The Happy Chase' menyasarkan tiga golongan pembeli iaitu golongan belia yang 'mengejar' impian hidup berdikari dan mempunyai rumah sendiri; golongan lebih dewasa yang 'mengejar' impian untuk menjamin kesejahteraan keluarga; serta pelabur yang sedang mencari peluang menarik bagi hartanah mempunyai nilai dan potensi besar.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong, berkata selaras dengan slogan UEM Sunrise iaitu 'Find Your Happy', kempen 'The Happy Chase' mendorong pemilik rumah baharu dan mereka yang ingin meningkatkan kualiti hidup mengejar rumah impian sambil mencari kebahagiaan dengan mudah tanpa sebarang tekanan.

"Kini sesiapa sahaja boleh memiliki rumah yang dibangunkan oleh UEM Sunrise dengan bayaran pendahuluan serendah RM1, nikmati subsidi tambahan dan juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang dijamin bakal memudahkan anda ketika mula memasuki rumah", katanya dalam satu kenyataan.

Wong berkata, setiap pembangunan UEM Sunrise dirancang dan dibina mengambil kira segala aspek kepentingan pelanggan kami, melalui falsafah E.V.E. (Menarik, Membawa Nilai, Mudah Memiliki).

"Pembangunan kami dijamin seiring dengan peralihan generasi dan keperluan pelanggan, memastikan bahawa ia dibina secara lestari yang mempunyai nilai dan daya ketahanan yang lama," katanya.

Kempen 'The Happy Chase' akan dimulakan dengan pakej percutian Cuti-Cuti Malaysia ke beberapa destinasi terbaik tempatan selama tiga hari dua malam.

Setiap pembeli UEM Sunrise berpeluang menyertai pertandingan cabutan bertuah bulanan yang menjanjikan pakej percutian di hotel bertaraf empat dan lima bintang di Port Dickson, Melaka, Kuantan, Pantai Desaru, Pulau Pinang serta Pulau Pangkor.

Kempen menawarkan 22 projek berkualiti tinggi dan menarik di wilayah tengah dan selatan.

Antara projek di wilayah tengah adalah Astrea, Radia, Residensi AVA, Serene Heights, Solaris Parq, Verdi dan Allevia.

Projek di wilayah selatan antaranya Almas, Aspira Gardens, Aspira LakeHomes, Aspira ParkHomes, Bayu Angkasa, Estuari Gardens, Idaman Residence, Impiana, Residensi Ledang, Serimbun Twin Villas, Teega, The Maris Precint 1 dan Senadi Hills.

Berita Harian X