Rabu, 5 Disember 2018 | 3:32pm
Ketua Pegawai Pemasarannya, Kenny Wong Koon UEM Sunrise Berhad, Kenny Wong pada sidang media Iskarnival Main-Main di Black Box, Publika Solaris Dutamas. Foto NSTP/AMIRUDIN SAHIB
Ketua Pegawai Pemasarannya, Kenny Wong Koon UEM Sunrise Berhad, Kenny Wong pada sidang media Iskarnival Main-Main di Black Box, Publika Solaris Dutamas. Foto NSTP/AMIRUDIN SAHIB

UEM Sunrise yakin jualan hartanah terus stabil

KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) optimis jualan hartanahnya kekal stabil tahun hadapan disebabkan hubungan yang dijalinkan bersama pembeli.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Kenny Wong Koon, berkata hampir 40 peratus pembeli hartanah baharu adalah pembeli kali kedua dengan UEM Sunrise.

“Kebanyakan mereka adalah pembeli kediaman UEM Sunrise secara berulang. Ini disebabkan hubungan yang dijalinkan kami dengan pembeli.

“Tidak seperti pemaju hartanah yang lain, UEM Sunrise mementingkan hubungan selepas jualan sebegini. Ini termasuklah kemudahan dan aktiviti yang dijalankan oleh kami secara berterusan.

“UEM Sunrise percaya ia akan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pembeli untuk terus menyokong produk terbaharu,” katanya selepas melancarkan Iskarnival 2018 di sini, hari ini.

Iskarnival 2018 adalah acara tahunan UEM Sunrise bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri Johor pada 8 hingga 9 Disember ini.

Dengan tema ‘Main-Main’, karnival kali ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung dan antara tarikan yang bakal dipersembahkan adalah pertunjukkan sarkas dari Russia.

Wong berkata, pertunjukkan sarkas terkenal dari Moscow, Russia itu dibawa khas kepada semua pengunjung secara percuma.

“Selain itu kami juga mengadakan persembahan artis terkemuka dari Malaysia dan juga Singapura. Persembahan kesenian dan sastera selain pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

“Karnival selama dua hari ini juga disasarkan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari Singapura sekaligus memberi peluang kepada mereka melihat hartanah UEM Sunrise,” katanya.

Berita Harian X