Jumaat, 6 Oktober 2017 | 5:15pm
Menteri Kewangan ii, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) bersama Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy dan Leadership Institute, Tan Sri Dr Micheal Yeoh (kiri) menunjukan buku Public Policy Review dan Malaysia@60 Challengers di The 20 th National Housing and Property Summit 2017, Sunway Resort and Spa, Subang, Jaya. - Foto NSTP/Syarafiq Abd Samad

80 peratus rumah baru lebih RM250,000 - Johari

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah mewah kekal lembap berikutan 80 peratus daripada pelancaran baharu bagi suku pertama tahun ini adalah kediaman berharga lebih RM250,000, yang sebaliknya hanya mampu dimiliki oleh 58 peratus isi rumah Malaysia.

Ketika berkongsi perkara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata lambakan hartanah mewah itu menyebabkan 83 peratus unit yang tidak terjual itu dalam kategori harga RM250,000 dan ke atas.

"Berbanding tempoh suku pertama 2012, ada sebanyak 54,000 kediaman yang tidak terjual dengan hartanah mewah sebanyak kira-kira 19,000 (unit). Ketika ini, 108,000 unit daripada 130,000 unit yang tidak terjual itu adalah kediaman mewah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Hartanah dan Perumahan Kebangsaan Ke-20 di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Johari berkata walaupun permintaan tinggi terhadap rumah mampu milik, namun hanya 24 peratus daripada penawaran baharu membabitkan kategori itu berbanding permintaan sebanyak 42 peratus.

"Median harga rumah itu jelas menunjukkan bahawa ia di luar kemampuan kebanyakan rakyat dan sebahagian besarnya disebabkan oleh ketakpadanan kasar antara penawaran dan permintaan rumah. Ia juga disebabkan wujudnya jangkaan berbeza antara isi rumah serta pihak pemaju," katanya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani (kiri) diberi taklimat oleh Pengurus Besar EcoWorld Kevin S.C. Lew (tengah) selepas pelancaran Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-20 2017 hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI). Tan Sri Dr Micheal Yeoh (kanan). - Foto BERNAMA

Dari segi pembiayaan pula, Johari berkata aspek itu terus dikuasai oleh hartanah berharga kurang RM250,000 yang mewakili 56 peratus daripada jumlah pinjaman tertunggak manakala pinjaman perumahan berharga antara RM250,000 dan RM500,000 pula sebanyak 25 peratus.

"Pembeli kali pertama adalah kira-kira 72 peratus daripada jumlah peminjam pinjaman perumahan pada 2016," katanya.

Bagi tempoh suku pertama tahun ini, kadar kelulusan pinjaman perumahan secara menyeluruh pula kekal tinggi iaitu mencecah 74.2 peratus.

"Bank telah meluluskan sejumlah RM22.3 bilion pembiayaan perumahan kepada seramai to 93,137 peminjam," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X