X
Ahad, 23 Julai 2017 | 10:05pm
Miichael Yeoh
Miichael Yeoh

Langkah betul mohon pinjaman rumah

KUALA LUMPUR: Memperoleh kelulusan bank untuk permohonan pinjaman pembelian hartanah bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak sukar jika mengetahui proses yang betul dari awal.

Ramai bakal peminjam menyalahkan bank jika permohonan mereka gagal tanpa menyedari kesilapan sendiri ketika menyedia dan mengemukakan borang permohonan.

Bank sememangnya ada beberapa kriteria yang diberi penekanan untuk setiap permohonan pinjaman dan pemohon mesti bersedia mengemukakan pakej lengkap jika ingin permohonan mendapat kelulusan tanpa masalah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas GM Training Academy, Miichael Yeoh, akan membincangkan langkah yang betul bagi mendapatkan pinjaman bank.

Beliau yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam hartanah, gadai janji dan industri pelaburan, akan menyentuh beberapa langkah yang perlu diambil untuk memenuhi kehendak bank, iaitu:

• Apa yang bakal disemak bank apabila anda menyerahkan pinjaman

• Bagaimana untuk mempersiapkan diri dalam menyerahkan pinjaman

• Apakah kesannya

• Peraturan terkini Bank Negara Malaysia

Beliau adalah seorang daripada penceramah sesi taklimat hartanah, iaitu sebahagian pengisian Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press Malaysia Bhd (NSTP) di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar, Kedah, bulan depan.

Pameran hartanah bermula 4 hingga 6 Ogos dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu, menawarkan pelbagai projek perumahan dan komersial oleh beberapa pemaju hartanah terkenal di kawasan utara.

Ia yang akan menampilkan 30 penceramah dan pakar hartanah pada sesi taklimat dan forum sepanjang tiga hari pameran, adalah platform terbaik untuk orang ramai mendapatkan maklumat terkini tawaran dan pakej hartanah.

Antara topik yang akan dibincangkan ialah pasaran hartanah di Malaysia dan prospek hartanah sepanjang 2017, strategi dan panduan untuk pelaburan dan penyewaan hartanah.

Berita Harian X