Rabu, 17 April 2024 | 12:40pm
BYD ATTO 3.
BYD ATTO 3.

BYD rakan rasmi Euro 2024

KUALA LUMPUR: Sime Darby Motors menawarkan kempen pemilikan kereta elektrik (EV) menarik, bersempena meraikan kerjasama BYD sebagai rakan rasmi Euro 2024.

Dalam tempoh kempen, pelanggan yang mendaftar BYD ATTO 3 dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 1 hingga 30 April ini berpeluang memenangi tiket ke perlawanan akhir atau separuh akhir Euro 2024.

Sime Darby Motors dalam satu kenyataan, berkata untuk mengambil bahagian dalam kempen itu, pelanggan boleh menghantar penyertaan di mana-mana daripada 21 pengedar BYD di seluruh Malaysia.

"Tawaran eksklusif ini memastikan pemilik baharu bukan sahaja memandu dengan teknologi kenderaan elektrik terkini tetapi juga berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada pembikinan sejarah bola sepak," katanya.

Bagi meraikan permulaan rasminya, Sime Darby Motors menganjurkan acara Euro 2024 dari 19 hingga 21 April di Carpark B, Stadium Bukit Jalil, dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Acara itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik, promosi acara eksklusif dan berkaitan bola sepak.

Pada masa yang sama, kempen itu juga boleh diakses di bilik pameran BYD di seluruh negara sehingga 30 April 2024, di mana pelanggan boleh menikmati rebat istimewa, kredit yang dicaj dan Program Overtrade eksklusif untuk BYD ATTO 3.

Menurut Sime Darby Motors, insentif masa terhad itu khas untuk mereka yang berminat beralih kepada kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada komitmen BYD terhadap inisiatif pemilikan EV.

"Pakej komprehensif ini menggabungkan rebat promosi sedia ada dengan peluang cabutan bertuah, menjadikan peralihan kepada mobiliti elektrik lebih menarik dan berpatutan," katanya.

Pengarah Urusan bagi Asia Tenggara Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, acara itu adalah peristiwa penting yang sejajar dengan komitme syarikat untuk menawarkan pengalaman luar biasa dan mempromosikan penyelesaian pengangkutan yang mampan.

"Kami sangat teruja untuk memulakan kempen demam bola sepak ini dan menjemput rakyat Malaysia untuk merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik ini ke arah masa depan yang lebih hijau dan menggembirakan," katanya.

Berita Harian X