Khamis, 4 April 2024 | 4:21pm
Stesen pengecas super Tesla di Sunway Carnival - Gambar ihsan Tesla Malaysia
Stesen pengecas super Tesla di Sunway Carnival - Gambar ihsan Tesla Malaysia

Tesla buka stesen pengecas super pertama di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Tesla meneruskan komitmennya dalam menawarkan kemudahan pengecasan kepada pengguna kereta elektriknya (EV) apabila membuka stesen pengecas super pertamanya di Pulau Pinang.

Stesen pengecas super yang terletak di Sunway Carnival itu adalah tambahan kepada dua stesen pengecas destinasi sedia ada yang ditempatkan di The Ship Campus di Batu Kawan and All Seasons Place.

"Penambahan kemudahan ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan pemilik kereta tempatan, malah juga untuk pemilik Tesla yang mengembara dari Singapura ke Johor dan Pulau Pinang.

"Stesen pengecas super di Sunway Carnival menawarkan empat pengecas super, melengkapkan keseluruhan 16 port pengecas termasuk 12 pengecas destinasi di Pulau Pinang setakat ini.

"Pengaktifan stesen pengecas super ini mewakili yang kemajuan signifikan kami dalam meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan mengecas kenderaan elektrik di rantau ini," kata Tesla.

Pada masa ini, Tesla memiliki lapan stesen pengecas super (40 port pengecas) dan 10 stesen pengecasan destinasi (61 port pengecas) di Malaysia.

Bayaran pengecas super dikenakan sebanyak RM1.25 bagi setiap kilowatt sejam (kWj).

Tesla berkata, kemudahan berkenaan akan terus dikembangkan untuk memudahkan perjalanan pemilik Tesla antara Malaysia dan Singapura (memiliki 11 stesen pengecas super dan sembilan stesen pengecas destinasi).

"Kami komited untuk memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pengecasan kami," kata Tesla.

Berita Harian X